Dettol Boleh Hilangkan Bau Badan.

dettol hilang bau badan

Siapa yang ada bau badan dah tak perlu risau sangat dah.Sebab  produk Dettol boleh mengatasi bau badan anda.Bau badan adalah masalah paling kritikal sekali untuk menghadapi hari-hari bersama dengan orang sekeliling.

Aku sendiri pun akan berasa tidak senang jika ada antara rakan sepejabat atau sekerja yang mempunyai masalah bau badan.Disebabkan nak jaga hati kawan hidu je lah.Apa nak buat.
Bukan nak kata orang lain,kadang aku sendiri pun ada mengeluarkan bau yang tidak enak tanpa disedari.Kebanyakan mereka yang ada bau badan ni akan berasa kurang yakin untuk berada di khalayak ramai.

Lebih membimbangkan bila bau badan dapat dihidu dengan kuat selepas kulit berpeluh akibat bersenam ataupun ketika dalam keadaan panas.

Sebenarnya ramai yang salah faham mengenai peluh,Sedikit penjelasan disini bahawa sebenarnya peluh tidak berbau.Yang menyebabkan bau badan adalah apabila peluh yang keluar tadi bersama dengan kadar protein yang tinggi dan kekal  di permukaan kulit menyebabkan bakteria bertindak balas.Dan ini akan menyebabkan pengeluaran bau yang tidak menyenangkan.

dettol hilangkan bau badan

Sebenarnya ada cara lain untuk mengurangkan bau badan,sentiasa gunakan deadoran bagi memastikan kawasan ketiak itu kering dan tidak berpeluh.

Sentiasa menjaga kebersihan diri.Gunakan Mandian Dettol Healthy Fresh Body Wash untuk kesegaran selama 12 jam,ia juga dapat membantu melindungi kulit daripada ancaman kuman dan bakteria.

Jaga pemakanan,jangan makan makanan yang berbau seperti petai,jering,makanan yang mengandungi rempah  dan bawang putih.Sebab jika guna mandian dettol tapi tidak menjaga pemakanan pun tiada guna.Dalaman itu lebih penting dari luaran.

Antara Formulasi baru lain barangan Dettol yang telah dipertingkatkan adalah Dettol Lasting Fresh bagi membantu melindungi badan daripada kuman.

Produk-produk ini telah diuji oleh pengguna terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan kepada umum.Sejak dari bangku sekolah aku merupakan pengguna produk Dettol.Dulu yang paling popular sabun mandi.Memang lama nak habis sebab sabun dia keras.Cukup puashati dan berbaloi.Rasa segar setiap kali lepas mandi. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...