Ragam di hari Jumaat - Sebelum Dan Selepas Solat
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi kita Umat Islam.Setiap hari Jumaat juga kita (orang lelaki yang sudah akil Baliq) diwajibkan untuk kemasjid bagi menunaikan solat Fardhu Jumaat secara berjemaah.Dan sunat bagi kaum wanita.
Apa yang aku nak kongsikan kali ini bukan berniat untuk menyindir atau mengenakan sesiapa pun,sekadar ingin berkongsi keadaan sebenar yang kebanyakkannya berlaku depan mata dan kadang-kadang tu aku sendiri yang buat..hehe...aku rasa korang pun sama kot...tapi kalau tak pernah buat atau tak pernah alami baguslah...
Keadaan ini kebanyakkanya berlaku sebelum dan selepas solat jumaat.Antara sikap atau gelagat para jemaah aku akan bahagikan kepada 7 jenis.
1.Datang lambat tapi nak duduk di saf paling depan.
Aku sangat puji mereka yang bersikap begini.Tapi masalahnya kalau dah tau datang lambat duduk kat belakang pun boleh.Kadang tempat dah penuh nak juga menyelit.Mungkin sebab pakaian mereka lebih kurang dengan Tok Imam.sebab tu nak duduk depan sekali.Setiap minggu hampir muka yang sama.Kalau nak sangat duduk depan datang la awal.Tak salah kalau nak duduk saf depan,jika masih ada ruang kosong.
2.Habis solat terus bersurai meniggalkan masjid ( Salam yang kedua terus bangun )
Kalau iapun berdoa lah dulu.Masing-masing macam dah kelam kabut ataupun macam dah lambat sangat nak balik atau nak sambung kerja.
Walau apapun bersangka baiklah kita.Mungkin mereka ada urusan yang lebih penting kot.Hanya ALLAH saja yang tahu.
3.Suka bersandar pada dinding.
Tabiat ini harus dielakkan kerana pada aku bila bersandar pasti mata jadi mengantuk.Golongan ini sasaran mereka adalah dinding atau tiang,masuk masjid mesti cari dinding atau tiang.
Bukan nak penuhkan saf depan,padahal saf depan banyak lagi yang kosong.Datang awal tapi duduk belakang.Yang mula-mula tadi datang lewat tapi nak duduk saf depan...macam-macam la diorang ni...
4.Kaki tidur.
Yang ini mungkin ramai yang ada pengalaman.termasuk diri aku sendiri.Bila khutbah bermula mata ok lagi,tapi bila khutbah dah suku perjalanan mata pun terus layu macam di dodoi jer...Sepatutnya dengar dan hayati isi kandungan khutbah tu.Alasan yang diberi kadang-kadang tu macam tak logik.Khutbah tak best la,apa la,itu la ,ini la.....yang jadi masalah bila khutbah best pun tidur juga.
Apa pandangan anda tentang isu tidur masa khutbah?
5.Kaki Sembang.
Ini lagi parah,dah tau khutbah tengah dibacakan boleh layan sembang lagi.Seolah-olah datang ke masjid nak sembang dengan kawan.Dekat asjid kawasan aku biasanya sebelum khutbah tok bilal biasanya akan berkata "Jangan berkata-kata semasa khutbah sedang di bacakan walaupun kamu berkata diam,Sesungguhnya sia-sia pahala jumaat kamu.''Harap korang takda macam ni la yer.
6.Check in Status Media sosial.
Golongan ni aku rasa mungkin ramai,mereka ni sentiasa nak bagitau lokasi mereka bersama rakan-rakan di media sosial mereka.Sampai ke masjid pun nak update...parah betul....bukan apa.Aku risau ia akan jadi riak dalam beribadah.Banyak lagi cara lain nak berdakwah.Pada aku cukuplah dengan berkongsi hadis-hadis sahih ataupun kata-kata nasihat di media sosial.Jangan la sampai nak bagitau setiap perbuatan dan tujuan kita .
7.Sentiasa pegang handphone.
Yang ini pun masalah,Dari luar masjid sampai dalam masjid handphone sentiasa di tangan.Rehat sebentar pun masa ambik wuduk dan masa solat jumaat.Masa selain dari tu di habiskan dengan pegang handphone.Busy macamanapun bila nak berhadapan dengan ALLAH kena la ada rasa gerun dan takut padanya.
Rasa-rasa ada tak yang korang pernah buat.Kalau ada marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan kita padaNYA.....Buang yang keruh ambil yang jernih.Jaga peribadi muslim.SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJADI MUSLIM YANG SEJATI...BUKAN MUSLIM IC. INSHAA ALLAH.