Pemansuhan bayaran tunai di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau,Shah Alam.Bermula 1 September 2014.
Aku selama ni pun memang suka bayar tol di kaunter tunai,alasan paling biasa sebab malas nak top up touch n go.Baki kad Touch n Go aku tinggal berapa sen entah..Actually dah lama sangat aku tak guna.Pada aku bayar tunai lagi senang.Jadi lepas ni dah tak boleh nak bermalasan lagi untuk top up kad Touch N Go tu yer.Aku rasa kalau projek ni dah bermula di dua tol utama ni,ia tak mustahil akan merebak ke tol-tol yang lain.Jadi kepada yang masih belum ada kad Touch N Go,kad Plus Miles ataupun smartTAG,Boleh dapatkan di mana-mana cawangan yang ada jual.Cari jer nampak ada logo Touch N Go terus tanya.
Ingat yer bermula pada 1 September 2014 tiada lagi bayaran tunai di tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasau,Shah Alam.Hanya kad Touch N Go dan Kad PlusMiles sahaja yang di terima.Beritahu pada sahabat handai,rakan taulan,saudara mara,sepupu sepapat,orang-orang kampung,orang-orang satu taman dan sesiapa yang korang rasa nak bagitau.