Cara Mencegah Ruam Lampin pada bayi | Saja nak cerita pasal lampin pulak?Bermula dari anak aku yang pertama,kedua dan ke tiga.Semuanya memang pakai lampin dari jenama yang berbeza-beza,aku tak pernah nak fokus pada satu jenama sahaja.Antara perkara yang menjadi keutamaan aku masa nak beli lampin adalah harga,kemudian kualiti dan kuantiti.Kalau dapat yang murah dan mempunyai kualiti yang banyak lagi bagus kan.
Tapi pada aku ikut poket masing-masing.Aku pulak lebih suka berjimat,aku akan mencuba jenama yang kurang popular tapi yang ada demand.Dan lampin tu serasi dengan anak-anak aku.Takut nanti tak serasi tumbuh ruam lampin ,tak guna juga walaupun mahal.Ingat ye,murah tak semestinya tak bagus,Mahal belum tentu bagus.Sapa yang susah nanti.Aku jugak.Oklah alang-alang dah tercerita pasal ruam lampin.Aku nak kongsi sikit petua untuk mencegah ruam lampin ni.
Ini anak aku,kebetulan masa nak buat entry ni,dia tengah pakai lampin,so jadi model lampin terus.
5 Petua untuk mencegah Ruam Lampin
1.Tukar lampin bayi sebaik sahaja ianya kotor ataupun sudah penuh.Kalau boleh jangan ler sampai dah overdose lampin tu baru nak tukar.
2.Cuci kulit bayi dengan air suam menggunakan kain lembut.
3.Dedahkan punggung bayi dengan udara segar sekitar 1-3 minit sebelum memakaikannya dengan lampin baru.
4.Pastikan kulit bayi bersih dan kering sebelum memakaikannya lampin baru.
5.Sangat penting! Pilih lampin bebas wangian memandangkan wangian boleh merengsakan kulit bayi.Sebab kadang-kadang ada lampin bayi yang mempunyai haruman.Konon biar bau wangi,tapi ia akan memberi kesan pada kulit bayi nanti.
Cukup la 5 petua ni dulu.Lain kali kalau ada lagi cerita pasal lampin, nanti aku sambung.