Sumbangan Pendidikan (Fisabilillah) - Lembaga Zakat Selangor

sumbangan pendidikan zakat

Mungkin ada yang terlepas pandang atau tak tahu pun tentang Sumbangan Pendidikan (Fisabilillah) ini.Disini aku kongsikan sedikit info untuk rujukan korang .Moga bermanfaat untuk semua.Sumbangan ini boleh di pohon di Lembaga Zakat Selangor.

Siapa yang boleh memohon?


  • Ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak di tadika,Sekolah Kebangsaan,Sekolah Rendah Agama,Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama.
  • Pelajar IPT di dalam dan luar negara.(Sijil,Diploma,Ijazah Sarjana Muda,Master dan PHD)

Apakah syarat utama permohonan?
  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia / Pemautautin tetap (PR).
  • Lahir dan menetap di Negeri Selangor / Bermastautin di Negeri Selangor tidak kurang (3)tahun dan masih menetap di Negeri Selangor sehingga kini.
Syarat Tambahan
  • Pendapatan Kasar isi rumah: 
  1. Sekolah (Tadika,SK,SRA,SMK dan SMA) : < RM4,000
  2. IPT dalam negara : < RM6,000
  3. IPT luar negara : < RM20,000
  • Bagi permohonan peringkat sekolah perlu mengisi borang pengesahan sekolah,Borang boleh di download di www.e-zakat.com.my/borang
  • Bagi permohonan peringkat sijil-ijazah boleh memohon samaada menerima tajaan ataupun tidak.Jumlah sumbangan adalah berbeza.
  • Bagi peringkat Master dan PHD,hanya mereka yang tidak mempunyai tajaan sahaja layak memohon.
Bagaimana hendak memohon?
  • Muat turun borang di www.e-zakat.com.my/borang,lengkapkan dan hantar ke cawangan LZS yang berhampiran.
  • Anda juga boleh mendapatkan borang tersebut di semua cawangan Lembaga Zakat Selangor.
Bila tarikh tutup permohonan?

Permohonan sumbangan pendidikan Lembaga Zakat Selangor dibuka 2 kali setahun :
  • Januari - Mac (Sekolah dan IPT)
  • Julai - September (IPT sahaja)
Bagi pelajar IPT dalam negara (tahun pertama) dan luar negara.Permohonan sumbangan pendidikan dibuka SEPANJANG TAHUN.

Info terkini yang baru aku terima,Kepada ibubapa yang mendaftar anak ke sekolah pada tahun ini seramai 3 orang,layak menerima Sumbangan Pendidikan - Fisabilillah sebanyak RM400.Jumlah pendapatan tidak diambil kira sekiranya anak yang kesekolah seramai 3 orang.

Tunggu apa lagi,Mohon sampaikan kepada mereka yang lain.Sekurang-kurangnya dapat meringan beban di kala ekonomi sekarang yang tak berapa stabil ni.

Nota penting : Permohonan sumbangan pendidikan ini hanya boleh dipohon sekali sahaja dalam setahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...