Nik Aziz Meninggal - Perginya seorang Ulamak Tersohor Negara

Nik Aziz Meninggal

Hari ini 12 Februari 2015,Malaysia di kejutkan dengan berita pemergian seorang ulamak tersohor Negara Dato Nik Aziz Nik Mat.Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat kita semua.Beliau merupakan seorang pemimpin yang lembut dalam berbicara tetapi tegas dengan apa yang dikatakan.Semoga Rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh.

Biodata  Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat Lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas,Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al-Azhar
5-Sarjana Muda Bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka,Kota Bharu,Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya Haji Nik Mat Bin Raja Banjar Bin Raja Abdullah Bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal.Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama.Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Disitulah  Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara.Sejak kecil beliau mempelajari dan memahami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu Usia 9 tahun,Tuan Guru Nik Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah,Jertih,Besut,Terengganu.Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga,Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih,berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas mufti Kelantan) dalam mata pelajaran Fekah.Setelah perang tamat Tuan Guru Nik Aziz menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua darinya.

Pada tahun 1945,beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili,Kota Bharu hingga 1952.Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoband,India bagi mendalami ilmu Fekah,usul Fekal,Tafsir Al-Quran,hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheikh Al-Hadith dan Guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana  Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah.Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir.Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar,Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Jurusan pengajian bahasa Arab,kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan  Islam selama 2 tahun.Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanah air pada februari 1962.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...