Bantuan Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur.

gambar banjir di kelantan


Seperti yang semua sedia maklum,Pantai Timur sedang dilanda banjir besar.Sama-sama kita doakan agar musibah yang melanda supaya segera pulih seperti sediakala.Tiada apa yang dapat kita lakukan selain berdoa pada ALLAH Taala minta agar keadaan banjir segera surut.

Banjir kali ini aku rasa memang dasyat,kerana ia melibatkan lebih 100,000 mangsa kesemuanya.Oleh itu marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan dari segi kewangan,barang keperluan asas ataupun masa dan tenaga.Paling tidak pun share setiap aktiviti tentang bantuan banjir ini pada rakan-rakan yang lain.In shaa allah walaupun dengan sedikit usaha dan bantuan akan meringankan beban kawan-kawan dan saudara mara kita disana.

Disini aku cuba kumpulkan aktiviti badan-badan atau persatuan-persatuan untuk usaha mengumpulkan dana ataupun mengumpulkan barang-barang makanan dan barang keperluan seperti selimut,tuala,pakaian dan lain-lain.

Semoga bantuan banjir ini sampai kesana dengan segera,kerana mereka semua amat mengharapkan bantuan dan ehsan dari kita.

1.8Share Jumbo Box Flood Relief.

Kutipan bermula pada 29 Disember 2014 sehingga 9 Januari 2015.

Kepada sesiapa yang tinggal berdekatan Damansara Utama boleh salurkan bantuan banjir anda kesini.

Bantuan Untuk Mangsa Banjir   
Bantuan Untuk Mangsa Banjir

2.Penang State Welfare,Caring Society and Environment

Bagi mereka yang berada di Utara (Pulau Pinang),BANTUAN BANJIR boleh dihulurkan disini.Caring Society Complex (Kompleks Penyayang) di Jalan Utama,George Town ataupun boleh berhubung terus dengan Penang Welfare Department di talian 04-6505259

Untuk lain-lain alternatif orang ramai boleh juga ke badan-badan kebajikan yang tersebut dibawah:

Balik Pulau - Kompleks Pasar Awam MPPP
Kepala Batas - Wisma Persekutuan,Jalan Bertam,Kepala Batas
Bukit Mertajam - Tingkat 2 ,Wisma Hock Teik,No.1778,Jalan Ciku
Jawi - Tingkat 1,Blok B,Kompleks Jabatan Kerajaan,Sungai Jawi


3.Pusat Pengumpulan Barang Keperluan Mangsa Banjir -Pulau Pinang.

Juga untuk kawasan sekitar Pulau Pinang akan diadakan aktiviti berikut di PERDA CITY MALL pada 26 Disember 2014 sehingga 4 Januari 2015.
Bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Bantuan Untuk Mangsa Banjir


4.Pertubuhan Belia Sinar Kasih Petaling.

Bantuan Untuk Mangsa Banjir

Pertubuhan Belia Sinar Kasih Petaling juga turut terlibat dalam aktiviti bantuan mangsa banjir.Mereka dalam usaha untuk mengumpulkan selimut,pakaian,gas memasak dan air minuman bersih.
Jika anda berhasrat untuk menyumbang boleh terus ke Petaling Jaya Multi Purpose Hall di Bandar Uatam 3 (BU3).Jika anda ingin menyumbang dari segi kewangan boleh terus bank in atau transfer ke Akaun Pertubuhan Belia Sinar Kasih Petaling- Bank Islam - 12140010005862.


5.Society Of PSP Selangor

Sukarelawan daripada Society of PSP dalam perancangan untuk menghantar bantuan ke kawasan Kuala Krai,Kelantan

Bagaimana anda boleh membantu:
Berikut adalah senarai keperluan yang mereka sasarkan.

1)250 kotak air mineral 5L
2)100 pek beras 10kg
3)10 kotak biskut 10kg
4)Pemandu lori 10 tan 

Mereka juga menerima bantuan wang tunai dan resit akan disediakan jika diminta.
Lokasi : Jambatan Merah Forwarding Sdn BHD,
Lot 8 & 10,Lebuh Sultan Hishamuddin 1,
Bandar Sultan Suleiman,Pelabuhan Utara,
42000 Pelabuhan Klang,Selangor.
Pengumpulan akan bermula pada 27 & 28 Disember 2014
dari 1 petang hingga 5 petang.

Sila hubungi penyelaras program untuk bantuan dan maklumat:
Cynthia Tan - 012 7607328
John Koh - 010 9427277
Francine Sim - 012 6643032


6.Muslim Care Malaysia Society 
muslim care malaysia society
Bantuan seperti tertera.Harap maklum.


7.Mercy Malaysia.
mercy malaysia


8.Tune Talk Tabung Kemanusiaan Komunikasi & Multimedia Malaysia
Bantuan Untuk Mangsa Banjir


9.Tabung Bencana NSTP/Media Prima
TABUNG BENCANA NSTP

Okey Done,aku rasa cukup la sembilan lokasi  buat masa ni untuk anda salurkan sebarang bantuan untuk rakan-rakan kita di Pantai Timur.Jika ada yang berdekatan dengan kawasan anda hulurkan lah tangan ringankan beban mereka.Marilah bersama-sama kita berganding bahu,Janganlah ada pihak yang ingin mempolitikkan isu banjir ni.Lupakan seketika tentang Politik.Kita semua satu Malaysia.

Semoga semuanya di permudahkan oleh - NYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...