Tujuh Kelebihan Menyimpan Janggut

kelebihan menyimpan janggut
sekadar gambar hiasan
Tujuh kelebihan menyimpan janggut | Mungkin ramai dikalangan lelaki terutamanya diluar sana yang suka menyimpan misai berbanding janggut.Aku rasa selepas membaca entry aku ni harap-harap ada yang terus nak simpan janggut.

Menyimpan janggut adalah merupakan salah satu dari Sunnah Nabi kita Muhammad SAW.Jadi secara tak langsung boleh kita dapat pahala berpanjangan dengan mengikut sunnah.Tapi kena la buat amalan yang wajib.Jangan pulak dah bela janggut amalan wajib kita tinggalkan...eloklah seiring.

Tengok Gambar Ustaz Azhar Idrus kat atas tu,nampak macho je dengan janggutnya.Ustaz Azhar Idrus merupakan idola muda mudi zaman sekarang.Aura beliau tersangat kuat.Semoga usaha beliau dalam usaha dakwah berterusan sehingga akhir hayat.

Jom kita tengok apa dia tujuh kelebihan menyimpan janggut tu.

1.Dapat mengurangkan asma dan alahan.
Janggut boleh menjadi penapis atau filter pada wajah kerana dapat menghalang habuk atau debu yang membawa kuman pada muka.Nampak simple je kan.Tapi besar manfaat pada wajah.Jadi sentiasalah jaga kebersihan janggut korang tu.

2.Melindungi wajah dari sinar UV.
Janggut sebenarnya dapat menyekat 95 peratus sinar UV matahari.Ini fakta tau..ia telah disahkan oleh sebuah Universiti  di Southern Queensland.Mereka telah melakukan kajian tentang janggut terhadap pancaran sinar UV.Janggut mampu memainkan peranan yang besar dalam mencegah pembentukan sel-sel yang membahayakan kesihatan.

3.Agen Anti-Penuaan semulajadi.
Sapa nak awet muda kena bela janggut kerana ia boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan pada wajah secara semulajadi.Ada orang kata simpan janggut boleh nampak tua.Sebenarnya tidak...pada hakikatnya korang akan jadi lebih muda kerana muka korang dah ada penapis.

4.Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser.
Ini aku rasa mungkin yang paling best.Menyimpan janggut dapat mengurangkan risiko penyakit kanser...jangan salah faham yer....ianya hanya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser bukan bermaksud memang tak kena...bukan under gerenti tau.Kita sekadar berusaha sahaja.

5.Melembabkan kulit.
Mungkin kebanyakan dari wanita dah tahu bahawa kulit muka mempunyai  ejen pelembabnya sendiri yang dipanggil "sebaceous glands" ia akan bertindak mengeluarkan minyak secara semulajadi untuk melembabkan kulit muka.Tugas janggut adalah sebagai penghalang dan melindungi muka daripada angin yang akan menyebabkan kulit muka kering..Aku difahamkan ini hanya untuk yang berjanggut tebal..yang janggut sikit macam aku kurang pasti pulak.....

6.Menyerap haba dan menjadi penebat pada suhu sejuk.
Janggut dapat menyerap dan menyimpan haba dalam badan.Dan ini akan menjadikan tubuh kita dapat tahan dengan cuaca sejuk.Kat Malaysia okey lagi sebab takda musim sejuk..kalau ada pun sejuk lepas hujan dengan sejuk di waktu pagi....

7.Membebaskan wajah dari masalah jerawat.
Ini kerana bila wajah seseorang mempunyai janggut atau jambang.Sudah pasti mereka tidak akan bercukur atau mungkin aktiviti bercukur sudah kurang kerap kan.Sebenarnya bila bercukur kulit muka akan timbul ruam,jerawat kerana mungkin kulit muka terluka dan akan menyebarkan bakteria pada folikel rambut.Simpan janggut anda selamat.

Aku rasa tujuh kelebihan menyimpan janggut ni dapat menjadi panduan bagi mereka yang baru berjinak-jinak nak simpan janggut.Semoga hajat korang tercapai.... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...