Pemansuhan Bayaran Tunai di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau,Shah Alam.

Tiada Bayaran Tunai di Tol.
Pemansuhan bayaran tunai di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau,Shah Alam.Bermula 1 September 2014.

Aku selama ni pun memang suka bayar tol di kaunter tunai,alasan paling biasa sebab malas nak top up touch n go.Baki kad Touch n Go aku tinggal berapa sen entah..Actually dah lama sangat aku tak guna.Pada aku bayar tunai lagi senang.Jadi lepas ni dah tak boleh nak bermalasan lagi untuk top up kad Touch N Go tu yer.Aku rasa kalau projek ni dah bermula di dua tol utama ni,ia tak mustahil akan merebak ke tol-tol yang lain.Jadi kepada yang masih belum ada kad Touch N Go,kad Plus Miles ataupun smartTAG,Boleh dapatkan di mana-mana cawangan yang ada jual.Cari jer nampak ada logo Touch N Go terus tanya.
Amaran awal telah dikeluarkan,Jadi pada sesiapa yang masih belum tahu tiba-tiba lalu kat tol-tol ni.masak la korang.Kena u turn balik beli kad Tol....Tapi aku rasa buat permulaan ni mesti ada kaunter jualan kad Touch N Go dan Kad PlusMiles di dua tol yang terlibat ni.Kalau tidak mana maunya.Bukan semua orang tahu perkara ni.Kena pulak orang luar yang jenis datang setahun sekali.

Tiada Bayaran Tunai di Tol.

Ingat yer bermula pada 1 September 2014 tiada lagi bayaran tunai di tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasau,Shah Alam.Hanya kad Touch N Go dan Kad PlusMiles sahaja yang di terima.Beritahu pada sahabat handai,rakan taulan,saudara mara,sepupu sepapat,orang-orang kampung,orang-orang satu taman dan sesiapa yang korang rasa nak bagitau. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...