Keputusan Penuh Brazil vs Jerman (Germany) Piala Dunia Brazil 2014

Keputusan Penuh Brazil vs Jerman (Germany) Piala Dunia Brazil 2014
Keputusan Penuh Brazil vs Jerman (Germany) Piala Dunia Brazil 2014


Buat pertama kalinya aku menonton perlawanan FIFA WORLD CUP 2014 ni,tu pun sebab kebetulan aku bangun sahur.pkl 4 pagi tu kira ok la aku nak tengok tapi dalam keadaan pejam celik la kat kerusi.Sebenarnya aku kalau korang cerita pasal bola sepatah apa pun aku tak tau.Aku dah cuba untuk suka tapi memang bukan jiwa aku kot.Pagi ni aku tengok sebab isteri dengan anak aku memang minat dengan bole.Pasukan pilihan anak aku Brazil.Tu yang aku tau nama Neymar.Tapi sayang anak aku cakap game kali ni Neymar dengan ketua pasukan Thiago silva takda.Mungkin akan memberi kesan buruk pada perlawanan.
Tengok-tengok memang betul,Pasukan Brazil kena belasah cukup-cukup oleh pasukan German bermula pada minit ke 11' Thomas Muller,minit 23' Miroslav Klose ,minit 25' dan 26' Toni Kroos,Minit 30' Sami Khedira dan minit ke 69' serta 79 oleh Andre Schurrle.Manakala Brazil hanya berjaya menyumbat 1 gol sahaja oleh Oscar pada minit ke 90' kira dah last minit tu.dapat la juga 1 gol untuk Brazil.

Keputusan Penuh Brazil vs German
Separuh Akhir
Piala Dunia Brazil 2014
Keputusan Penuh Brazil vs Jerman (Germany) Piala Dunia Brazil 2014

Aku rasa macam pelik ,ini game Bola sepak ke game futsal.Brazil dah jadi macam pasukan belasahan pulak.Nampak sangat kelemahan Brazil tanpa dua pemain utama.Apapun kira ok la tu.Yang penting dah mencuba tak perlu nak mempersoal tentang kekalahan Brazil lagi kan.Kesian mereka,peminat Brazil ramai yang kecewa.Lepas ni banyak Tshirt Brazil yang akan dilelong sehingga 90% kot...haha,just joking.
Nampaknya tekaan sang kura-kura lagi sekali betul.Mungkin secara kebetulan je tu.Jika sebelum ni mereka menggunakan sotong kurita untuk membuat tekaan sebelum sesuatu game.Kali ini mereka gunakan kura-kura pula.
Keputusan Penuh Brazil vs Jerman (Germany) Piala Dunia Brazil 2014

Makan besar kura-kura lepasni.Dapat stok kangkung untuk sebulan.Apapun sebagai orang Islam kita jangan percaya bulat-bulat pada ramalan dan tekaan kura-kura tu.Biarlah apa diaorang nak buat.jangan kita ikut sekali.Tahniah buat pasukan German sebab dapat pergi ke Final. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...