Restoran Halal Di Vietnam.

Bagi yang belum pernah berkunjung ke Vietnam aku nak kongsi sikit tentang Restoran Halal di Vietnam.Bagi aku untuk mencari makanan halal di vietnam adalah sangat mudah terutamanya jika korang berkunjung ke Ho chi Minh atau lebih dikenali dengan nama Saigon.Rakyat Vietnam lebih suka dengan nama Saigon.Sepanjang aku berada di sana memang amat jarang sekali untuk mendengar mereka berkata tentang Ho Chi Minh.Hanya perkataan Saigon yang sering keluar dari mulut rakyat Vietnam.Okey next to the story.Untuk pengetahuan korang semua selama 4 hari 3 malam aku berada di saigon aku dah mencuba empat restoran halal dan salah satu dari restoran halal tersebut adalah milik rakyat Malaysia.

Restoran Halal Di Vietnam
Ini dia Restoran halal Kampung Melayu.
Restoran Halal Di Vietnam

Tuan punya Restoran Dato Helmy Jaafar

Restoran Halal Di Vietnam

Menu kebanyakannya menu dari Malaysia.Harga berpatutan.Ni alamat kalau nak kesana.Kalau nak senang ia terletak berdekatan dengan Ben Thanh Market.Dekat jalan tu ada lebih kurang tiga atau empat kedai dan restoran makanan halal.Jadi memang tak susah kan.Boleh makan macam biasa.Orang-orang kat sana pun ok.Mereka ramah-ramah belaka.

Restoran Halal Di Vietnam
Restoran Basiroh ni terletak betul-betul di depan Restoran Halal Kampun Melayu.Boleh pilih nak makan kat Restoran yang mana.

Restoran Halal Di Vietnam
Untuk makan tengahari aku makan nasi goreng ayam jer.

Restoran Halal Di Vietnam
Dari pukul 5 pagi hingga 5 petang ada diskaun 15%.

Restoran Halal Di Vietnam
kat Halal Saigon pun ada menyediakan Makanan halal.Retoran ni jauh sikit dari restoran tadi.Cuma kalau makan kat sini nak ke masjid senang sebab masjid betul-betul berada di hadapan restoran ni.

Restoran Halal Di Vietnam
sijil halal restoran.

Restoran Halal Di Vietnam
Restoran Halal Di Vietnam
Jemput makan dulu yer.

Restoran Halal Di Vietnam
Kat Red House ni aku rasa yang paling best antara empat restoran yang aku pegi.Kat sini lebih kepada makanan seafood.

Restoran Halal Di Vietnam
sijil halal.Aku kalau nak makan perkara utama yang aku cari kalau pegi oversea adalah sijil halal.kalau ada in shaa allah makan tanpa was-was.

Restoran Halal Di Vietnam
masa untuk menjamu selera.Sepanjang di Saigon ,Vietnam berat badan aku melepasi paras biasa.mana taknya makan memang overdose.Ni lah kelebihan pergi trip bersama Public Mutual.makan memang tak ingat.

Restoran Halal Di Vietnam
Dah kenyang hati pun senang.Ambik gambar dulu sebelum pulang ke Hotel.

Restoran Halal Di Vietnam
Restoran Serai,aku rasa ni pun macam satu cawangan dengan Restoran halal kampung melayu.Sebab deco dia lebih kurang sama.

Restoran Halal Di Vietnam

Restoran Halal Di Vietnam
kat sini ada sop gear box.Kat Malaysia pun aku dah lama tak makan sop ni.Sampai Vietnam jumpa pulak.Nak makan tak berani sebab takut kolesterol...cewah.konon-konon je.

Jadi itulah serba sedikit tentang Restoran halal di Vietnam.Banyak tak?Itu baru empat restoran kalau lama sikit aku kat Vietnam mahu semua aku dah terjah.Masa memang agak terhad sepanjang berada kat sana.Sebab ikut jadual yang telah di tetapkan oleh Tpur guide.Jadi aku just follow jer.Tak boleh nak membantah nanti kena tinggal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...