Nampaknya hanya aku sahaja yang terkena penyakit yang lain,aku mengalami sakit sendi dan sakit kepala selama 2 hari dan terkena sedikit alergik.Alhamdulillah pagi ni nampaknya semua dah beransur sihat.Mula-mula agak risau juga kenapa boleh berlaku sampai macamni,ingatkan ada penyakit yang lain dari biasa.Selepas mendapat pengesahan dari doktor ,itu semua penyakit biasa.Maknanya takda apa yang perlu dirisaukan.
So,Pagi ni selepas kembali pulih dari ujian yang ALLAH beri kelmarin,ingat nak buat pertukaran sedikit dari segi kata ganti diri "SAYA" kepada "AKU".Supaya nampak lebih mesra alam sikit.Bukan apa sebab aku tengok kat blog otai pun banyak yang gunakan perkataan "aku" dari "saya" betul tak?
Dengan sebab itu secara rasminya,Cewah haha....aku akan menggunakan perkataan aku untuk mewakili diri aku kat blog jaymiee.com ni.

