Orang Terkaya Di Dunia.

Siapa tahu siapa orang terkaya di dunia?Jangan terkejut pulak tau,orang terkaya di dunia adalah Orang Malaysia dan dia adalah orang melayu.Beliau adalah anak kelahiran Perak yang bernama Kamal Ashnawi (KA).Percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.Beliau mendakwa dia mempunyai wang simpanan melebihi lima trilion Euro (RM20
Trillion).Banyak tu.Pakai sampai 7 keturunan pun belum tentu habis.Untuk mengukuhkan dakwaan nya dia menunjukkan bukti kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London.Dia juga berkata seharusnya nama beliau terpapar sebagai orang terkaya di dunia. dan bergelar TRILLIONAIRE.


orang Terkaya Di Dunia

Kamal merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum(M) Sdn Bhd.Beliau pernah mencadangkan projek penapis minyak mentah di kedah pada tahun 2005.Namun cadangan tersebut telah ditolak dan dihalang oleh orang-orang yang tidak sehaluan dengan beliau.Dan Kamal telah menerima pelbagai tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas hasil daripada cadangannya itu.
Dalam majalah Forbes orang terkaya di dunia pada tahun 2013 adalah Carlos Slim dari Mexico dengan anggaran kekayaan RM224.7 billion.Manakala Pengasas Microsoft,Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 billion.
Kamal juga ada memberitahu yang sumber kekayaan yang dimiliki adalah berasal dari warisan di raja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat oleh keluarga di raja dunia pada tahun 1875.Mak ai lama betul.Dia juga mendakwa yang dia berketurunan diraja dari jawa,Indonesia dengan nama Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka akan ditabalkan menjadi maharaja dalam beberapa tahun lagi.
Korang rasa macamana?Boleh percaya atau tidak?Kalau benar memang dialah orang terkaya di dunia,dalam masa yang sama saya merasa berbangga sebab ada juga orang melayu yang kaya raya setaraf dengan bangsa lain,semoga dia dapat membantu orang lain dengan penuh rasa kasih sayang. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...