BRIM 3.0 Mula Dibayar Pada Pertengahan Februari 2014.

BRIM 3.0

Pemberian BRIM 3.0 akan mula diagihkan pada pertengahan Februari 2014.Yang melibatkan 7.9 juta rakyat yang layak menerima BRIM 3.0.Rasa-rasa tahun ni saya dapat ke tidak.Harap-harap dapat.Sebab tahun ni merupakan tahun kedua saya bekerja sendiri.Tahun lepas cuba apply tapi tak dapat.Mungkin masa tu belum ada rezeki lagi.Apa salahnya tahun ni saya cuba lagi.Tak cuba tak tahu.Bukan saya ambik hak orang lain pun.

BRIM3.0 merupakan pemberian kerajaan kepada rakyat dibawah pendapatan RM3000.Dan telah 3 tahun dilaksanakan dengan jayanya.Cuma bezanya pada tahun 2014 ini.Pemberian BRIM 3.0 telah dinaikkan sedikit.Kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650,manakala kepada orang bujang berumur 21 tahun keatas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Dan buat pertama kalinya pada tahun 2014 ini.BRIM 3.0 akan diperluaskan kepada isirumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.
Berdasarkan maklumat pada tahun ini cara pengagihan telah diubah daripada pemberian baucar tunai kepada pengagihan secara money transfer ke akaun penerima.Tapi selepas saya tanya kepada individu yang berkenaan sistem pemberian melalui baucar tunai masih dilakukan.Kerana kebanyakan penerima terutamanya warga tua ramai yang tiada akaun bank.Ini boleh merumitkan mereka nanti. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...