Apakah punca sebenar penyakit Diabetes.

Alhamdulillah semenjak subsidi gula dikurangkan,ramai yang mula mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman khasnya.Termasuk saya sendiri.Kalau dulu sehari paling kurang 3 kali pekena kopi 'O'.Sekarang dah reduce kepada satu cawan sehari.hanya minum diwaktu pagi sahaja.
Itu kat rumah,Tapi bila di luar lain pula ceritanya,Kena pulak kalau dalam sehari tu ada tiga temujanji diwaktu dan tempat yang berbeza...pulak2 jumpa client kat kedai mamak ataupun 'cafe'...nak tak nak kena juga air yang bergula......apa boleh buat.!!

Apa yang saya nak highlight kan disini ,Apakah punca sebenar penyakit Diabetes ni ,umum mengetahui gula adalah penyebab nombor satu.Tapi tahukah kita bahawa sebenarnya ada punca lain yang boleh menyebabkan Diabetes.

Punca penyebab  diabetes selain gula yang kita beli tu.
Sebenarnya dalam makanan lain pun jika tidak dikawal pengambilannya pun boleh menyebabkan diabetes.

1.Nasi putih.
Nasi putih mengandungi zat tepung dan indexs glikemik yang tinggi yang boleh menyebabkan diabetes.cuba kurangkan pengambilan nasi dalam pola makanan seharian kita yer.

2.Ubi kentang.
Ubi kentang mampu meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.Sangat berbahaya bagi mereka yang dah ada penyakit diabetes.Belum ada takpa.boleh makan .cuma kena kurangkan.

3.Sos Tomato
Memang rasanya sedikit masam,tapi sebenarnya ia mengandungi kadar gula yang tinggi.jangan terpedaya ok.

4.Roti.
Sapa suka makan roti?Roti dibuat dari tepung putih,jadi ia sebenarnya sangat merbahaya dan boleh menyumbang kesan yang amat buruk kepada penghidap diabetes.

5.Pemanis Tiruan.
Juga berbahaya pengambilannya untuk penghidap diabetes.

6.Jus Buah.
Jus buah sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah tahap gula rendah dalam darah .Jika penghidap diabetes yang amalkan memang mengambil risiko yang tinggi.so,awas ya.

7.Yogurt Rendah Lemak.
Yogurt merupakan makanan yang rendah lemak tapi bukan rendah gula...kandungan gula tetap tinggi...juga berbahaya...

Nampaknya itu sahajalah perkongsian kali ini.semoga dapat manfaat untuk semua.Jaga kesihatan diri tanggungjawab sendiri.bukan tanggungjawab Menteri...haha. just joke. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...