SINDIKET PENIPUAN “HAND PHONE”



Sejak kebelakangan ni banyak kedengaran orang yang kena tipu dalam banyak perkara.
Salah satu perkara yang saya nak kongsikan kali ini adalah berkenaan dengan penipuan handphone di kawasan parking kereta di salah sebuah pasaraya T**C*.

Mangsanya adalah abang ipar saya sendiri.
Ceritanya bermula begini.
Kejadian berlaku sekitar  waktu tengahari.
Sampai sahaja di kawasan parking “abang ipar” saya telah dihampiri oleh seorang lelaki dengan menunjukkan sebuah handphone jenama IP**N*.

Kebetulan pulak memang dia nak sangat dengan handphone tu.ini adalah antara perbualan seperti yang di ceritakan oleh nya.

Penipu : datang dekat kereta sambil menunjukkan handphone.
Abg ipar : (Nampak berminat)berapa harga?
Penipu : abang ini ori punya tau?kalau abang nak saya bagi rm2000.baru lagi ni.
Abg ipar : mahalnya ! x bole kurang lagi ker?

Setelah berlaku tawar menawar si penipu tadi bersetuju dengan harga rm500.So,abg ipar saya pun suka sangat.dan bersetuju dengan harga tersebut.

Abg ipar : duit tak cukup ?saya pergi atm dulu boleh?
Penipu: ok bang no problem.

Terus pergi ke tingkat atas untuk ke ATM.Si penipu tadi follow belakang.
Lepas ambik duit terus deal urusniaga kat sebelah belakang tingkat atas pasaraya tersebut.

Penipu : bang boleh bagi rm570.
Abg ipar :tadi kata rm500 ,sekarang nak rm570 pulak?
Penipu : boleh la bang.abg try dulu ok ke tak handphone ni.
Abg ipar terus ambik dan test ambik gambar dan check condition.
Abg ipar : ok boleh la.

Penipu tu terus ambil balik handphone tadi sambil pura2 ambil charger kat dalam poket.dan terus bagi handphone dan ambik duit.abang ipar saya terus ambik dan berlalu dari situ tanpa ada rasa was2.Dalam perjalanan ke parking dia cuba ON hand phone tu tapi x boleh daa…hampeh hand phone display rupanya.

Pergi balik tempat tadi .Confirm memang dah lari la mamat tadi.PENIPU BETUL.
Dengan penuh rasa hampa dan kecewa masuk kereta dan pening2 lalat.Duit RM570 Hangus macam tu jer.habis mood hari ni.

PERINGATAN UNTUK SEMUA KALAU ADA SAPA2 YANG MENAWARKAN HANDPHONE ATAU APA SAHAJA X KIRA DIMANA2 KAWASAN.TOLONG CUBA ELAKKAN DIRI ANDA DARI MENJADI MANGSA PENIPUAN.KATAKAN TIDAK.

“SAY NO”

Saya dah dengar banyak kali kes ni berlaku di kawasan parking pasaraya.Harap kes ni boleh menjadi ikhtibar untuk kita semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...