Assalamualaikum...
Nampaknya dua atau tiga entry saya kali ini banyak menceritakan tentang Kuala Terengganu.Maklum sajalah, baru balik dari sana minggu lepas, so , banyak cerita dan pengalaman yang hendak saya kongsikan bersama dengan pembaca blog jaymiee dot com ni.
Kali ini saya nak kongsikan tempat menarik di Kuala Terengganu.Lokasi pertama adalah Pantai Batu burok, sesuai untuk mereka yang suka bersantai.semasa saya dan 9 bloggers berada disini keadaan pantai sangat bergelora, jadi kami semua dinasihatkan supaya tidak mandi pantai.Sangat-sangat merbahaya kepada semua pengunjung.Cuma boleh bersiar-siar sahaja.
Kemudian kami semua di bawa oleh Pihak Sumai Hotel ke Taman Panorama yang terletak di Bukit Pak Apil.lokasinya hanya 10 minit dari sumai hotel. Dari Taman Panorama ini ,Taman ini terletak di atas bukit.Kami dapat menyaksikan pemandangan sekitar Kuala Terengganu.Agak tenang sekali.Kebetulan masa kami berada disitu cuaca hujan renyai-renyai.sungguh mengasyikkan.Diatas Bukit Panorama terdapat Restoran yang dibuka dari petang hingga larut malam.Boleh booking kalau nak buat sebarang acara kat atas tu.Set karaoke semua ada disediakan.