Sejak kebelakangan ni cuaca memang agak panas dari biasa.Aku dapat rasakan ia mula berlaku pada hujung disember.Duk dalam rumah macam dalam oven rasanya.Panas membara.
Sekali tengok info dari wassap yang member aku share berikutan cuaca panas sehingga Mac 2016 baru aku tahu bukan aku sorang yang rasa keadaan panas ni.
Berikutan cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dan sudah mula dan akan dirasai oleh semua kawasan di Semenanjung.Info tersebut juga ada menyatakan yang di bahagian Sabah juga turut mengalami situasi yang sama.Begitu juga dibahagian Limbang dan Miri di Sarawak.
Ia terjadi disebabkan fenomena El nino yang boleh menyebabkan negara akan kekurangan hujan sehingga 20% - 60%......suhu akan meningkat sekitar 0.5 celcius hingga 2 celsius.
Kena pasang aircond 24 jam la macamni..memang masak la bill elektrik bulan ni sehingga fenomena el nino ni selesai..Tekak pun asyik haus jer.Semalam masa nak keluar jumpa client di Banting tiba-tiba tekak kering.Kebetulan dah dekat dengan King Rana Coffee Batu 8 Sijangkang.Apa lagi singgah la beli 1.
Macam-macam perisa ada,aku pilih perisa King Jagung RM5 kalau nak tambah jagung kena top up RM1.Memang puas minum.Mana tak nya dalam ''giant cup''.Kembung perut dibuatnya.Sapa bisnes air sekarang ni memang tengah meraih untung besar beb...silap-silap sales boleh cecah 4 kali ganda dari biasa.Boleh mengalahkan bisnes aiskrim yang boleh untung besar beb.
Rata-rata sepanjang laluan aku semalam semua yang niaga berasaskan air semua ramai orang yang datang.Customer silih berganti.Sebenarnya aku bukan tersinggah kat king rana coffee ni..aku dah plan dari awal lagi.Sebab sehari sebelum kejadian aku lalu penuh dengan umat.
Beratur panjang.Kebetulan masa aku nak beli semalam belum ramai lagi.Jadi memang tak buang masa la....Kalau yang dah beli King Rana coffee tu rasa lapar.Kat sebelah gerai ada jual nasi Kukus ayam berempah cik Ros. Cawangan Nasi Kukus Cik Ros ada tiga,di Jalan Kebun,Sijangkang dan Sungai Lang,Banting.
Memang rezeki diaorang kan...King Rana Coffee dan Nasi Kukus Cik Ros antara yang popular di kawasan kuala langat dan klang-banting.Sekarang ni kena pandai ambil peluang.Bisnes aiskrim pun ok.Boleh meraih keuntungan yang lumayan jika diusahakan dengan sungguh-sungguh.