Kenapa aku pilih tajuk "Aku suka Minum Kopi" ??
Salah satu sebabnya aku suka minum kopi bila mengantuk.Kadang-kadang tak mengantuk pun aku sesah kopi jugak.....Kebiasaan aku hanya akan menggunakan kopi cap Hang Tuah.Jenama lain aku tak berapa suka.Melainkan kopi 3 in 1.Yang ni aku suka Kopi Jantan ataupun Kopi CNI - Tongkat Ali Ginseng Coffee dan yang paling terkini aku suka kopi white coffee.
Okey,Sapa yang gemar minum kopi boleh teruskan pembacaan.Dan yang kurang gemar atau tak gemar boleh hentikan atau baca sambil lewa...hehe
Aku nak share macamana nak bagi rasa kopi menjadi lebih sedap dan beraroma!!!
Ada 6 jenis bahan yang perlu di tambahkan ke dalam kopi selain gula dan susu atau krimer.
1.Kayu Manis
Cara-cara penyediaan kopi kayu manis.
-Masukkan sebatang kayu manis ke dalam air panas yang mendidih,pastikan air betul-betul panas dan aroma wangian kayu manis dapat dirasai di seluruh bilik.
-Masukkan 1 1/2 sudu serbuk kopi dan kacau sehingga sebati selama 2 atau 3 minit ,Boleh letakkan sedikit gula jika mahu.
-Kemudian tapis serbuk kopi tadi dan sedia untuk di hidang.Boleh dihidang bersama brownies untuk menambah ke enakan kopi tadi.Pasti terangkat bila minum kopi kayu manis.
2.Madu
Cara penyediaan Kopi Madu.
-Masukkan 2 sudu kecil kopi beserta 300 ml air panas.
-Tambahkan 2 sudu kecil madu dan kacau sehingga sebati.
-Untuk lebih sedap lagi boleh tambahkan 4 sudu kecil whipped cream....
3.Lemon
Cara penyediaan Kopi Lemon:
-Potong sebiji lemon seperti gambar di atas dan perah jusnya kedalam cawan.
-Masukkan serbuk kopi dan sedikit gula ke dalam cawan tadi dan tuang air panas.Kacau sehingga sebati.
-Kopi Lemon sedia dihidang.Pasti menyegarkan,Biasanya tak cukup secawan.
4.Coklat
-Cairkan 50 gram coklat (mengikut citarasa).
-Dah cair?Masukkan 2 sudu kecil kopi,250 ml susu cair dan gula ikut selera tekak masing-masing.
5.Pudina
Cara penyediaan Kopi Pudina:
-Tuang air panas bersama gula dan serbuk teh
-Kacau sehingga sebati dan masukkan daun pudina.
-Kemudian masukkan serbuk kopi,kacau dan sedia dihidang.
6.Daun Pandan
Cara penyediaan Kopi Pandan:
-Potong daun pandan sehingga halus dan masukkan kedalam air panas yang mendidih.
-Masukkan 1 sudu serbuk kopi,1 sudu teh gula,2 sudu krimer coffe-mate ke dalam rendaman air pandan tadi.
-Kacau sehingga sebati dan bau semerbak akan mula dihidu...pasti mempersonakan.
Aku harap ia dapat memberikan sedikit inpsirasi baru buat peminat tegar kopi.Asyik minum kopi susu jer.Sesekali ubah sikit bahan tambahan dalam kopi tu.Baru terangkat.