Rakyat Malaysia bakal dapat siaran TV Digital secara percuma tak lama lagi.Mula-mula dulu aku ingat benda ni hanya khabar angin sahaja.ataupun sekadar omong kosong jer.Tapi bila aku dapat tahu peringkat percubaan atau fasa 1 sedang dijalankan di Pekan,Pahang bermula 1 jun yang lepas,baru la aku rasa memang betul.
MYTV Broadcasting Sdn Bhd adalah Syarikat yang di pertanggungjawabkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyediakan infrastruktur bagi projek TV Digital ini.
Kenapa Pahang yang mula dulu?aku pun tak tau kenapa.Bukan bidang kuasa aku nak siasat lebih-lebih.Apapun aku harapkan agar projek ini berjalan dengan lancar.
Berapa Channel ada?
Aku dapat tahu Mytv akan menyediakan 30 Channel secara percuma dan akan bertambah sehingga 80 channel menjelang 2019 nanti.
Bagaimana ia Berfungsi?
Ia berfungsi menggunakan format DTT - Digital Terestrial TV.Yang akan dipancarkan melalui transmisi atau pemancar bumi terus kepada pengguna.Ia tidak menggunakan piring macam astro.Tetapi ia menggunakan antena UHF selain daripada itu tidak boleh.Kualiti gambar adalah HD.Memang terbaik.
Kepada yang dah ada antena UHF dah jimat belanja.
Pada peringkat percubaan ini pengguna akan dibekalkan dengan 1 set decoder,1 alat kawalan jauh,seutas kabel HDMI,seutas kabel RCA dan 1 power adapter .Dikhabarkan peringkat percubaan ini akan berlangsung selama beberapa bulan.
Peringkat percubaan ini hanya mereka yang terpilih sahaja yang dapat.Pihak MYTV yang diberi nama ''MYTV Foot Soldier'' sendiri yang akan turun padang mencari pengguna yang layak.
Selepas tempoh itu set percubaan tadi akan di ambil kembali oleh pihak MYTV Broadcasting untuk tujuan analisa.Kemudian baru dapat Set Decoder yang sebenar.Kepada yang berkelayakan ia akan diberi secara percuma. 2 juta unit disediakan tahun depan.Aku dengar sapa yang dapat BRIM akan dapat set decoder percuma.
Yang tak dapat mungkin ada sedikit bayaran dikenakan.Anggaran sekitar RM200 per/unit.Kira ok tu.Bukan ada bayaran bulanan pun.Siaran TV digital Percuma yanng pertama di Malaysia ni.
Agaknya apa reaksi Astro yer lepas ni.Adakah Astro akan menurunkan harga langganan atau terus kekal pada value sekarang?Kita nantikan.
Yang tak bestnya aku dengar Selangor adalah Fasa yang last sekali dapat......Selepas Pahang ia akan bergerak ke Terengganu pula........