Sekitar Majlis Pernikahan Shahrol Nizam Dan Syazwanie


Buat pertama-tamanya aku ucapkan selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai Shahrol Nizam dan Nur Syazwanie yang telah selamat di ijabkabulkan pada 1 Mei 2015 bersamaan 12 Rejab 1436 Hijrah,Di Kampung Simpang Empat,Merlimau,Melaka.

Pengantin lelaki merupakan anak sedara isteri aku.Aku ucapkan semoga mereka berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Kami semua menginap di Homestay di kawasan kampung Simpang Empat.......Homestay biasa-biasa.Pilihan nak menginap di homestay Murah semestinya di merlimau.Tu yang sampai terlupa nak snap gambar penuh....hehe...apa yang penting boleh tidur,makan minum dan mandi serta solat.

Perjalanan kurang baik sebab jalan jem sepanjang perjalanan tadi.Bermula di Nilai sehingga selepas Seremban baru keadaan lalulintas kembali tenang.....

Ramai yang nak ke PD agaknya sempena cuti panjang kot....Hari Buruh bersambung dengan Wesak day. 4 hari cuti..masing-masing berjalan bawa family.


Tengah bersiap nak pergi majlis pernikahan yang akan berlangsung pada jam 5 petang.Tu pun kalau tok kadi tak lambatlah...Biar bakal pengantin sampai dulu.Jangan tok kadi sampai dulu....Harini rombongan dari pihak lelaki digalakkan untuk memakai baju melayu sepasang.

Aku kena jadi saksi bagi pihak pengantin lelaki.

Kehadiran maknanya diambil kira hari ini.Kalau tak datang jadi kalut nanti.hehe...sebenarnya takda apa pun...


Wang hantaran dah sedia.Sebanyak RM300.Dengan seutas Gelang tangan untuk Pengantin perempuan.Bapa pengantin perempuan tunduk pasrah.Sebab anak perempuan nak kena transfer kat bakal menantu.

majlis pernikahan paling popular
majlis pernikahan paling popular

Dengan sekali lafaz Shahrol Nizam atau nama glamour - Brotank dan Wanie dah sah menjadi suami isteri.Selamat menempuh alam perkahwinan yer.....Bacaan aku janji sedang dilafazkan oleh pengantin lelaki sambil diperhatikan oleh pengantin perempuan.

majlis pernikahan paling popular
majlis pernikahan paling popular

Kucupan pertama dari suami kepada isteri tercinta.Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

majlis pernikahan paling popular
Dari kiri Brotank,Hanum,Dora,Wanie dan Ayu.

Yang nikah orang lain,tapi yang syok orang lain..hihi...Brotank ni merupakan seorang Photografer tersohor di Selangor.dan juga pemasang pelamin kayu pallet yang tengah hot sekarang ni.

majlis pernikahan paling popular

Para-para yang segak bergaya beraksi pada hari persandingan.Lokasi atas jambatan jiran sebelah...Sebenarnya masa ni dah bosan tunggu pasukan kompang tak kunjung tiba....Nasib baik ada Go Pro sebagai teman untuk masing-masing tunjukkan gaya macho bersama dengan gadis-gadis formula one..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...