Siapa yang tahu tentang Mentega Golden Churn?Ia adalah mentega yang terkenal dengan kelebihannya dalam pembuatan kek dan masakan selama lebih 70 tahun.Kini membawakan evolusi dalam arena masakan tempatan dan rumah dengan memperkenalkan pengubahsuaian pada resepi-resepi klasik sambil mengekalkan rasa lazat yang menjadi kebanggaannya.
Mentega Golden Churn dalam tin ini merupakan produk keluaran Australia dan New Zealand yang berasal dari lembu yang diberi makan rumput.Ia terkenal dengan jangka hayat simpanan yang lama.Bebas daripada dan pewarna tiruan,mentega ini telah disahkan Halal dan boleh digunakan oleh pengguna muslim tanpa was-was bagi memenuhi setiap keperluan masakan mereka.
Mentega dalam tin Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari NZIDT (New Zealand Islamic Development Trust),manakala mentega beku Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari ICCV (Islamic Co-ordinating Council Of Victoria P/L).Kedua-dua badan pelesenan Halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM.
Di Malaysia,mentega Golden Churn sinonim dengan hidangan kegemaran tradisional iaitu kek lapis.Penghasilan kek ini menggunakan teknik yang sukar dan masa yang lama serta bahan-bahan berkualiti tinggi untuk hasil yang terbaik.Mentega Golden Churn adalah ramuan penting di dalam penghasilan Kek Lapis di Malaysia.
Sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri,Golden Churn telah bekerjasama dengan Chef selebriti yang popular menerusi MasterChef Malaysia,Dato' Fazley Yaakob,dalam menghasilkan dua resepi unik yang pasti menggembirakan keluarga dan sahabat handai di musim perayaan atau sambutan khas dengan rasanya yang dikenali tetapi mempunyai keunikan tersendiri.
Dua resepi tersebut adalah Kek Marble Mentega Golden Churn yang menampilkan rasa eksotik kulit kayu manis,dan buah pala untuk rasa kek yang lebih sofistikated dan Golden Churn Puff Krim kaya yang mengimaginasikan semula puff kaya zaman kanak-kanak sehingga menjadi pencuci mulut "fine dining''.
Bahan utama bagi kedua-dua resepi tersebut adalah mentega Golden Churn yang menberi keseimbangan rasa lemak,kelembutan dan tekstur yang halus serta aroma kacang yang menambahkan lagi keenakannya.
Bengkel media bertemakan "Raya lebih meriah dengan mentega Golden Churn" diadakan di The Cooking House,Bangsar dimana Chef Dato' Fazley Yaakob menunjukkan kelebihan mentega Golden Churn dalam pembuatan kek.
Umum sedia maklum tentang kelebihan mentega dari segi rasa dan keenakan didalam mulut.Kini,mentega juga mendapat semula status sebagai bahan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana ia kaya dengan vitamin larut lemak,terutama sekali vitamin k2 yang membantu badan kita menyerap kalsium,kalsium penting untuk kesihatan tulang dan mencegah penyakit kardiovaskular,kanser dan osteoporosis.
Mentega mengandungi lemak tepu yang meningkatkan meningkatkan kadar 'kolestrol baik' didalam darah kita yang juga dikenali sebagai HDL.Mentega membuat korang rasa lebih kenyang kerana kehadiran lemak 'short chain' dan 'medium chain' dan membantu korang membakar lemak dengan lebih baik.
Mentega merupakan sumber butirat,sejenis asid lemak yang penting untuk penghadaman.Kebaikan Mentega ia kaya CLA yang memberi kesan yang besar terhadap kadar metabolisma.Kajian menunjukkan CLA yang mempunyai sifat anti kanser dan mampu menurunkan peratusan lemak didalam badan manusia.Mentega dikaitkan dapat merendahkan risiko obesiti walaupun kandungan kalori dalam mentega lebih tinggi,memakan produk tenusu yang tinggi kandungan lemak juga tidak mempunyai kaitan dengan obesiti.
''Mentega merupakan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana mentega merupakan makanan yang kurang diproses,tambahan pula Golden Churn tidak mengandungi bahan kimia tambahan.Mentega sentiasa menjadi pilihan utama chef profesional seperti Chef Dato' Fazley dan mereka yang selalu memasak di rumah kerana tekstur ,rasa dan aromanya yang membangkitkan selera".