Tahun ni keluarga belah mertua ambil bahagian dalam ibadah korban.Seekor lembu bakal ditumbangkan.Aku pulak memang takkan lepaskan peluang ni untuk bersama-sama membuat gotong royong ,walaupun pada hakikatnya ini baru kali kedua aku bersama-sama dalam aktiviti penyembelihan lembu secara langsung ni.Yang lain-lain aku join hanya dari jarak jauh jer.Korang tengok je lah lembu tu,nampak kecik,tapi bukan main susah nak ditumbangkan.Hanya mereka yang pakar sahaja yang mampu melakukannya.
Selepas berusaha selama lima belas minit akhirnya berjaya juga lembu tersebut ditumbangkan.Baring diam-diam yer.Kejap lagi masanya akan tiba.Tahun ini harga lembu aku dapati meningkat sebanyak RM600 hingga RM700.Berbanding kambing yang naik hanya sekitar RM50 hingga RM70 seekor.
Mungkin sebab permintaan lembu untuk ibadah korban lebih banyak daripada kambing.Ingat lagi masa 2012 aku buat akikah untuk anak aku harga lembu masatu sekitar RM2900.Hari ini lembu yang lebih kecil harganya pun dah mencecah RM3900.Untung orang bisnes lembu kan.Tapi apa boleh buat,nak tak nak kena beli juga sebab niat kita buat korban kerana ALLAH.Jadi soal harga kita tolak tepi.
Rehat sebentar merenung lembu yang bakal disembelih.
Sementara menunggu nama-nama yang ada dalam senarai korban datang,Tukang sembelih rileks dulu.Pertumpahan darah bakal berlaku sebentar lagi.Lembu yang hendak di korbankan pun nampak lebih bertenang dari tadi.Mungkin sebab kena ikat kot.
Lembu belum sembelih,jadi aku pasang khemah pasar dulu.Boleh berteduh kat bawah ni nanti kalau panas.Khemah ni di taja oleh kelab kebajikan nurinsaniah.
Okey semua yang ada nama dalam senarai dah ada,bersedia untuk penyembelihan.Nama di panggil satu persatu.Tukang sembelih dengan tukang pegang pun dah bersedia.
Alhamdulillah selesai sudah.Lembu dah selamat di sembelih.Tunggu 10 minit sebelum boleh dilapah.Kita kasi habis nyawanya dulu.
Bila otai bahagian melapah tunjuk skill yang lain kena tengok.
Baru boleh buat kerja.Ni kira action depan kamera.Belakang kamera pass kat orang lain.
Yang ni betul-betul yer.Bukan action depan kamera.
Orang-orang kuat bahagian melapah daging.
Dah siap.Sekitar jam 11.30 pagi aktiviti hampir selesai.Ini lah berkat bekerjasama.Ringan sama di jinjing,berat sama dipikul.Masa untuk makan sup gear box.Memang marvelous bila makan.Tapi sayang aku cuma dapat makan sikit sebab tak berani nak makan,lemak nya banyak sangat.Kolestrol tinggi.Kalau ikutkan hati,dah lama aku bedal.Tapi bila fikirkan kesihatan,baik aku lupakan jer.
Masa untuk pengagihan daging ke rumah-rumah jiran,orang-orang miskin dan saudara mara.Alhamdulillah ibadah korban ini berjalan dengan lancar.Tanpa sebarang masalah.In shaa Allah tahun depan jumpa lagi.