Kebetulan tarikh kelahiran aku jatuh pada 16 september bersamaan dengan tarikh penubuhan Malaysia iaitu penggabungan antara tanah melayu - semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.Sebelum-sebelum ni takda cuti pun.Baru 2 tiga tahun lepas kerajaan ishtiharkan cuti.Jadi aku pun tumpang semangkuk la....apa yang penting setiap tahun masa birthday aku confirm cuti.Senang nak celebrate dengan family.Apa yang aku harapkan sekarang ni bila usia dah semakin meninggi,harapan aku agar segala usaha yang aku buat samaada untuk keluarga ataupun masyarakat mendapat Redha dari Ilahi.Sekarang ni,Walaupun aku belum kaya tapi aku sangat-sangat bersyukur pada Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat.
Alhamdulillah aku bahagia disamping keluarga tercinta.Malam tersebut mak aku belanja makan KFC dan siangnya isteri aku buatkan kek coklat special untuk aku...rasa gembira plus sedih pun ada...Sebab mereka semua aku kuatkan semangat untuk terus berusaha mencapai impian.In shaa ALLAH .
kek coklat special.