Alhamdulillah rezeki,planning asal nak makan bersama family dengan keluar duit poket sendiri di The Captain Steamboat And Grill kat Meru,Klang..kira makan ramai-ramai bayar pun ramai-ramai.Tapi dah memang rezeki kami ,kebetulan ada salah seorang dari kami yang bermurah hati nak sponsor makan malam pada malam ni....Terima kasih Puan Wati Nadzri dan suami (yeop)....Semoga murah rezeki kalian berdua.kami semua tumpang gembira.
Aku sebenarnya baru first time tahu pasal The Captain Steamboat and Grill ni...Sebab aku memang dah lama tak lalu kawasan Meru.Selalu kalau nak makan Steamboat aku akan makan di Flamming Steamboat Shah Alam jer.Sebab malas nak cari tempat lain.
So far harga untuk Bufffet di The Captain Steamboat and Grill bagi aku agak murah dan berpatutan.Dan memang mampu makan kalau nak di bandingkan dengan tempat-tempat lain.
Dewasa RM21.90
Warga Emas RM13.90
Kanak-kanak sekolah rendah RM9.90
Kanak-kanak 6 tahun dan kebawah serta kanak-kanak istimewa PERCUMA
OK tak harganya...bagi aku sangat-sangat murah dan berbaloi,mungkin sebab tu la tempat ni popular kot..sebab malam tadi memang ramai orang.semua meja full book.Seronok aku tengok.Perniagaan bangsa melayu yang mendapat sambutan hangat dari orang ramai.Lagi satu sebab yag aku dapat perhatikan di The Captain Steamboat and Grill ni,tempatnya bersih dan makanan pun sedap.Staff-staff yang mesra pelanggan.Bagi aku service memang terbaik.Kalau tak takkan aku nak buat review percuma ni.
Cuba tengok ok tak...bagi aku ok sangat..haha
Antara menu pilihan aku daging kambing black pepper dan lembu.Aku memang tak boleh nampak daging kambing,mesti aku terjah punya.
Ais krim pun ada,boleh sejukkan mulut lepas makan yang panas-panas kan....Budak-budak paling suka ais krim.
Sup Tulang jua tersedia untuk di hirup,kebetulan masa sampai tu hujan,jadi memang sedap la makan sup tulang ni,perhhh sedap betul rasanya.Mungkin ramai peminat sup tulang malam ni,baru ingat nak repeat tapi dah habis.apupun kira sup tulang terbaik juga la ni....
Play Ground juga ada disediakan.Jadi buat ibubapa yang nak makan tak hengat tu boleh bagi anak-anak main kat sini.Tapi kena la tengok-tengok juga....Awas anda sedang di perhatikan...dah makan jangan leka pulak yer.
surau pun ada disediakan di bahagian belakang.
Jemput makan semua.Tengah bersiap nak grill daging kambing black pepper ni
Peace yo.
kalau dulu tak boleh nak makan udang sebab gatal-gatal badan,tapi sekarang paling yang aku tak boleh tengok adalah udang.Dah jadi macam favourite pulak....
Potong kek sekali sempena nak konvo esok dan Tahniah serta terima kasih Puan Wati (Yong Ti).Lain kali belanja lagi.hehe.
Jadi apa lagi moh la kita beramai-ramai ke The Captain Steamboat and Grill kat Meru,Klang ni.Dibuka bermula pukul 6 petang hingga 12 malam,setiap hari rasanya,sebab terlupa nak tanya.Landmark nya kalau nak kesini dari pekan Meru jumpa lampu isyarat utama belok kiri menuju ke Pekan Kapar Lokasinya selepas Jalan Durian sebelah kanan.Tepi jalan besar je...senang nak jumpa.Nanti korang akan nampak benda ni ...
Inilah dia Kapten tu.Dengar kabar dulu dia memang seorang kapten,cuma kurang pasti kapten kapal terbang atau kapten kapal laut.okey selamat menjamu selera dengan selera steamboat terbaik di Klang.