Mesti korang rasa macam pelik kan,Pasaraya jadi kolam ikan?Betul ke?Aku pun mula-mula confius juga ,mana mungkin sebuah pasaraya boleh jadi kolam ikan.Rupa-rupanya ia adalah kisah benar dan pasaraya ini ada di Daerah Bangkok Thailand.Difahamkan bangunan ini mempunyai 11 tingkat,masalah yang timbul pada tahun 1997 undang-undang Bangkok telah mengarahkan agar tiada bangunan tinggi dikawasan tersebut.Paling tinggi pun bangunan 4 tingkat sahaja.Semuanya adalah disebabkan kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan istana.Jadi ketinggian bangunan tak boleh lebig dari tinggi istana.Nanti kena daulat agaknya.Macam-macam ler diaorang nikan.Jadi bahagian atas bangunan pasaraya tersebut terpaksa dirobohkan.Tinggal 4 tingkat sahaja.
Lebih malang lagi pada sekitar tahun 1999 telah berlaku kebakaran yang meragut nyawa di bangunan pasaraya tersebut.Semenjak dari itu ianya dibiarkan kosong tanpa penghuni.Dan akibat dari kebakaran tersebut juga bahagian bumbung bangunan musnah sama sekali.Jadi ia ditinggalkan dalam keadaan tidak berbumbung.Cuba korag bayangkan kalau dah tak da bumbung tentulah bila hujan turun air akan bertakung dimana-mana bahagian yang tiada aliran.Lebih-lebih lagi dibahagian bawah tanah.Air bertakung sepenuhnya.Kesan dari takungan air tersebut menyebabkan pembiakan nyamuk secara besar-besaran dan ia membuatkan penduduk sekitar menjadi tidak selesa.Ia berlaku sekitar tahun 2003-2004.
Untuk mengatasi masalah nyamuk tersebut ,Penduduk sekitar telah membuat ikhtiar dengan meletakkan beberapa ekor ikan.Wah!! kenyang ikan-ikan tu makan nyamuk.Hasilnya sangat berkesan.Masalah nyamuk tiada lagi.Apa yang mengagumkan selepas itu adalah ,kawasan pasaraya tersebut secara tidak langsung telah menghasilkan puluhan ribu ikan yang membiak .Sebenarnya ia hanya diketahui oleh penduduk setempat sahaja pada mulanya.Sejak kebelakangan ini ia mula tersebar ke alam maya.Kalau kaki pancing tau mesti pergi kan.Silap-silap terus tangguk jer,sebab dah banyak sangat.