Makanan Organik Terbaik - Alce Nero
Adakah korang menitikberatkan diet harian dan mengawal kandungan gula, lemak, garam serta MSG dalam makanan korang? Risau dan bimbang tentang bahan kimia berbahaya, racun perosak ataupun Genetically Modified Organisms (GMO)?
Aku perkenalkan Alce Nero, mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada antara korang yang tak pernah tahu langsung tentang produk ni, ia terkenal dengan rangkaian makanan organik terbaik dari Itali dan produk Fairtrade dari seluruh dunia yang semakin berkembang, menerajui misi untuk membantu orang ramai memasak dan makan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan organik.
Alce Nero berbangga dengan hasil organiknya yang bebas dari organisma yang diubahsuai secara genetik dan bahan tambahan serta ditanam tanpa penggunaan racun perosak, racun herba, atau baja kimia pada tanah yang bebas daripada pencemaran di Itali.
Kalau korang nak tau jenama ini telah mengeluarkan empat pilihan resepi baru yang lazat, sihat dan berkhasiat dengan menggabungkan unsur-unsur Timur dan Barat, ianya mudah dan cepat untuk dimasak, amat sesuai dengan gaya hidup sibuk masyarakat kini.
Resepi pasta seperti Spagetini Sardin, Makaroni & Keju dan Spageti Goreng boleh dijadikan hidangan yang lengkap dengan hanya menambah salad, manakala Mufin Jem Strawberi memang akan menjadi rebutan anak-anak korang bagi yang dah ada anak la ye... orang dewasa juga tidak terkecuali dari menyukainya.
Berikan makanan yang berkhasiat buat keluarga kesayangan korang dengan produk makanan organik terbaik ini daripada Alce Nero.
Di Malaysia, Alce Nero membawa pelbagai rangkaian pasta organik, minyak zaitun extra virgin, sos pasta, jem dan madu. Produk Alce Nero boleh didapati di pasar raya hyper, pasar raya besar dan kedai-kedai organik terpilih.
Sedikit info tentang Alce Nero yang perlu korang tahu.
Alce Nero telah diasaskan pada tahun 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali menjadi perintis revolusi produk organik dengan mengeluarkan makanan yang berkhasiat dan mesra alam sekitar. Alce Nero menggabungkan teknik-teknk pertanian tradisional dengan penyelidikan terkini dari aspek kesihatan dan persekitaran. Teknik-teknik tersebut telah berkembang, tetapi jaminan kualitinya tetap berdasarkan ramuan asas daripada Alce Nero iaitu: cinta kepada makanan, hormat kepada alam persekitaran dan menidakkan penggunaan bahan-bahan kimia sintetik.
Kini, Alce Nero merupakan jenama organik nombor satu di Itali. Pengeluar-pengeluarnya terbabit dalam kesemua peringkat pembuatan, dan ini membolehkan Alce Nero menekankan semua prinsip-prinsipnya disepanjang proses pengeluaran dan memastikan makanan keluarannya adalah berdasarkan kepada keasliannya. Hanya dengan itu, Alce Nero dapat memastikan hasil produk yang berkualiti tinggi, 100% organik, produk-produk Itali yang sebenar dibawa daripada ladang pertanian terus ke pinggan pelanggan.
Alce Nero terkenal dengan persijilan organik yang telah diberikan oleh badan-badan pensijilan yang paling ketat dari Kesatuan Eropah dan Jepun.
Di Malaysia, Alce Nero membawa rangkaian pasta organic, minyak zaitun extra virgin, sos tomato, jem and madu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.alcenero.asia atau Facebook AlceNeroMalaysia.