Buat pertama kalinya aku menyarungkan apron untuk membuat persiapan kuih raya di dapur Bosch,di The Cooking House Desa Sri Hartamas KL. Semuanya gara-gara ingatkan event Bosch kali ini sama macam event yang lain-lain.Rupanya event kali ini ada praktikal dan semua jemputan wajib mencuba sendiri produk dapur Bosch seperti oven,dapur memasak elektrik serta mixer.Dan yang lagi bestnya jemputan haritu aku seorang sahaja lelaki,yang lain semua wanita.Nasib baik ada brother Pr company dengan cameraman serta cheff yang bertugas.Kalau tak mau mati kutu aku.Bengkel Bosch kali ini mengenai cara-cara membuat persiapan kuih hari raya aidilfitri yang semakin hampir.Rupanya memang mudah di dapur dengan menggunakan peralatan dari Bosch.Dari segi keselamatan pun memang terbaik.Barang-barang Bosch semuanya mempunyai kualiti yang terjamin.
Jom masuk bengkel.Satu kumpulan 3 orang.Aku join dengan 2 orang amoi yang memang sempoi.Diaorang masukkan bahan-bahan ,aku tukang uli jer.Misi kali ini adalah membuat Hazelnut Pinwheel Cookies,buat kek pandan serta gula melaka hokkaido dan walnut kek.
Sebelum buat sendiri,kena tengok dulu cheff buat macamana,masing-masing kusyuk nampaknya.termasuk aku sendiri.
Masa untuk beraksi,walaupun sebenarnya kekok tapi kena buat-buat ekspert.
Inilah hasilnya.Nampak macam sedap tak.Hasil tangan kami semua pada hari tersebut.Betul cakap Cheff tu.Sebenarnya memasak adalah satu perkara yang mudah,jika barang-barang semua complete.Lebih-lebih lagi jika menggunakan peralatan dapur Bosch - Invented For Life.
Tak percaya,Cubalah dulu baru tahu nanti,syok ke tak syok.