Villa terbaik di A'Famosa Resort

Villa terbaik di A'Famosa Resort
Korang ingat lagi tak sebelum ni aku ada mention pasal percutian percuma ke A'Famosa Resort.Alhamdulillah pada 15 dan 16 feb yang lepas aku sekeluarga telah bercuti ke A'Famosa tanpa perancangan yang rapi.Plan nak pergi hujung bulan mei,tapi takut masa tu sibuk pulak dengan program yang telah dirancang oleh syarikat Public Mutual.So,aku tukar ke bulan feb.Kalau asyik bertunda nanti takut habis due date tawaran yang diberi oleh pihak A'Famosa.Lagipun percuma cuma modal duit minyak,tol dan belanja makan.Kos penginapan dan entertainment macam Water World,carnival dan safari world semua di taja oleh A'Famosa.Masa aku buat booking tu,nasib baik ada kekosongan.Anak-anak apa lagi ,bila dapat tahu nak ke A'Famosa dah tak boleh duduk diam la dibuatnya.Aku tahu diaorang dah lama tak mandi kat swimming pool ataupun main air.


Villa terbaik di A'Famosa Resort

Aku nak cerita dulu pasal tempat penginapan,mula-mula aku ingat aku sekeluarga akan menginap di resort hotel.Rupanya kami sekeluarga menginap di Villa.Villa tu di gelar villa 1350 kawasannya selepas water world kira kawasan paling hujung sekali kat Resort tu.Tapi bagi aku ini adalah Villa Terbaik di A'Famosa.Nak tau kenapa ?Jom tengok apa kesudahannya.


Villa terbaik di A'Famosa Resort

Kunci dah dapat,masa untuk check-in pukul 4 petang .Aku sampai pukul 3 petang .Nasib baik villa dah ready.so,boleh masuk.Sebelum check-in deposit RM500 diperlukan.Masa tu aku cuma ada RM400.Kalau aku bagi,nak makan apa aku nanti,aku cakap aku boleh bagi RM200.Receptionist setuju.Aku mula-mula ingat villa biasa-biasa je,sebab percuma takkan nak bagi yang mahal kan.Rupanya sangkaan aku meleret.Villa yang aku dapat di beri nama Honeymoon Suite.


Villa terbaik di A'Famosa Resort

Masa aku call nak booking maklumat yang aku dapat penginapan hanya untuk dua orang.Tapi masa nak ambik kunci Check-in siap tanya berapa kereta nak masuk.Aku pun pelik juga mulanya.Rupa-rupanya cuba korang tengok tempat parking boleh tiga buah kereta.Belum masuk dalam lagi ni.


Villa terbaik di A'Famosa Resort
Disebabkan aku datang satu keluarga je,maka shutter parking aku tutup untuk privasi.



Villa terbaik di A'Famosa Resort
Siap swimmimg pool,sebab tu aku kata ini Villa Terbaik di A'Famosa .Aku cakap dengan isteri ,ini boleh muat 3 hingga 4 keluarga.Villa sikit punya besar cuma aku sekeluarga je.Agak hambar sebenarnya,kalau aku tau begini keadaannya,aku bawa 2 keluarga lagi kesini.Baru meriah sikitkan.
Jom kita tengok keadaan sebelah dalam villa.


Villa terbaik di A'Famosa Resort
Memang mewah villa ni,kat depan bilik ada Jakuzi.Anak-anak aku dah tak boleh tahan nak masuk termasuk dengan bapaknya sekali.


Villa terbaik di A'Famosa Resort
Kan dah cakap,belum apa-apa anak sulung aku dah masuk dulu kat jakuzi tu.

Villa terbaik di A'Famosa Resort
Suasana ruang tamu yang romantik,kombinasi warna dan hiasan sangat menarik perhatian kami sekeluarga.
Dilengkapi dengan Tv Lcd 52 inci dan Astro channel serta Aircond.

Villa terbaik di A'Famosa Resort
Ruang makan yang agak luas.Kalau ramai boleh makan kat lantai takda masalah.sesekali apa salahnya.

Villa terbaik di A'Famosa Resort
Villa terbaik di A'Famosa Resort
Bahagian dapurnya dilengkapi dengan microwave,pembakar roti dan peti sejuk.Siap ada mini bar,konsep ala inggeris digunakan pada bahagian dapurnya.Perhatian,bahagian dapur tidak dibenarkan untuk memasak.Denda akan RM500 akan dikenakan jika ingkar.Hanya boleh untuk kegiatan ringan sahaja.

Villa terbaik di A'Famosa Resort
Villa terbaik di A'Famosa Resort
bahagian Bilik air dan tandas.Tab mandi juga ada disediakan.Mana tau tak cukup berendam kat swimming pool dengan jakuzi boleh sambung kat Tab pulak.

Villa terbaik di A'Famosa Resort
Ini merupakan bilik persalinan,meja gosok dan seterika serta hair dryer ada disediakan .Gunakan dengan cermat.

Villa terbaik di A'Famosa Resort
Bilik utama,sesuai dengan nama villa Honeymoon Suite.Bilik pun dah macam bilik pengantin baru aku rasa.Kalau ada bakal pengantin yang rasa nak cuba menginap memang dialu-alukan.

Villa terbaik di A'Famosa Resort
Ini pula bilik kedua.

Villa terbaik di A'Famosa Resort
Ruang tamu nya agak luas.Sebab tu tadi aku cakap Villa ni memang muat untuk 2 hingga 3 keluarga kan.Apa pendapat korang selepas melihat keadaan villa 1350 ni.Rasa nak cuba.Nak tau tak harganya berapa untuk sehari semalam?Nama pun Villa terbaik di A'Famosa Resort kan.

Nanti dulu.
Jom mandi dulu sebelum bagitau harga sebenar Villa 1350 ni ye.
Villa terbaik di A'Famosa Resort
Villa terbaik di A'Famosa Resort
Dah habis mandi rehatkan diri dulu kat depan kolam.

Bagi yang rasa nak menginap kat villa Honeymoon Suite ni.Harga yang diberikan oleh pihak A'Famosa Resort RM1262  dan RM1610 untuk hari biasa.
Untuk hari sabtu/ahad dan hari cuti umum harga RM1958 sehari semalam.

Untuk villa yang lain harga kena hubungi pihak A'Famosa sendiri.Mungkin lebih murah dari villa Honeymoon Suite.Lepas ni aku akan story sikit tentang aktiviti sepanjang aku kat A'Famosa Resort ni.Stay Connect tau dengan Jaymiee dot com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...