Prinsip Jalan Terus.

Petang tadi sewaktu minum petang,tengah belek-belek status rakan-rakan kat facebook ,saya tertarik dengan perkongsian salah seorang rakan facebook saya Puan Ainon Mohd tentang Prinsip Jalan Terus dalam membuat sesuatu pekerjaan ataupun dalam melaksanakan sesuatu tugasan ataupun dalam mengejar cita-cita dan impian.Tiada istilah post-mortem.Just jalan terus tanpa menoleh kebelakang.Antara isi kandungan lain yang dikongsikan boleh dijadikan panduan untuk kita semua.



Prinsip Jalan Terus di perolehi daripada sejarah Nabi Muhammad SAW.Berdasarkan rekod-rekod sejarah menunjukkan,apabila Nabi kita mengalami peristiwa buruk,Baginda tidak menyiasat punca-punca yang menyebabkan peristiwa buruk itu berlaku.Dalam bahasa moden hari ini,Baginda tidak melakukan post-moterm ataupun istilah melayunya bedah siasat.Tidak ada rekod menunjukkan apabila Nabi Muhammad SAW mengalami kesukaran dan kerugian dimana Baginda menyiasat apa yang tak betul dan siapa yang salah.Baginda juga tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pihak-pihak yang telah menyebabkan terjadinya peristiwa buruk tersebut.

Kekalahan teruk yang dialami oleh tentera Islam dalam peristiwa Perang Uhud adalah contoh klasik yang membuktikan kuasa ajaib dalam prinsip Jalan Terus.Selepas kekalahan yang teruk dalam Perang Uhud,Baginda SAW tidak mengadakan sesi bedah siasat bagi mencari punca sebab kekalahan tentera Islam dalam perang tersebut.(kita cuma mendapat tahu tentang isu tentera pemanah yang turun dari pos mereka diatas bukit adalah dari apa yang dilaporkan oleh sahabat-sahabat Baginda,bukan dari Baginda sendiri.)
Belum lagi dijumpai tentang rekod hadith yang mana Nabi SAW ada berkata sesuatu berkenaan punca-punca kekalahan Perang Uhud.Apa yang dilakukan Baginda selepas pasukannya mengalami kekalahan yang teruk dalam Perang Uhud?
Baginda menyediakan tenteranya untuk menghadapi perang-perang yang akan datang!Terbukti ,selepas Perang Uhud,tentera Islam tidak pernah kalah lagi.
Sebab kalau kita asyik siasat dan siasat tentang kesilapan kita dimasa lalu ,macam buang masa.Lebih baik kita jalan terus dan betulkan kesilapan yang lalu,itu saja.Pesanan ini sebenarnya saya tujukan buat diri saya sendiri sempena tahun baru 2014 ni.Semoga tahun 2014 memberi lebih rezeki dan kebahagian buat saya sekeluarga in shaa allah.
pokoknya ~ ikut Nabi.Jangan siasat.JALAN TERUS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...