Waktu malam kami lepaking di Kota Belanda,Teluk Gedung Semasa di sini kami menginap kat Princess Homestay Teluk Gedung jer.save budget.Harganya cuma sekitar RM250 untuk satu malam.2 bilik dan dua bilik air.dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin dan dapur untuk memasak.So,boleh masak sendiri.
Princess Homestay Teluk Gedung berada di kawasan perkampungan nelayan,jadi jiran-jiran kami selama tiga hari dua malam kami di sini adalah nelayan.senang nak beli ikan.Lokasi hanya 2 minit dari Kota Belanda dan Batu Bersurat.Homestay ini boleh memuatkan 10-15 orang mengikut keselesaan masing-masing.
Pemandangan Princess Homestay dari arah laut.
Ruang tamu yang luas.
Dapur pun selesa.
bilik untuk istirehat ada dua bilik dan dua bilik air.
Untuk sesi rondaan kesekitar Pulau Pangkor,kami menyewa Dua buah kereta dan sebuah motosikal.harga sewaan untuk kereta RM80 untuk dua hari dan motor RM20 .Murah ke Murah.Kira ok la kan,Drive sendiri sekitar pulau.Rupanya tak besar manapun Pulau Pangkor ni.Dalam setengah jam dah boleh pusing satu pulau.
Dah puas meronda,kami sekeluarga nak cuba pusing pulau naik bot dan snorkling(macam tau berenang hehe).Kos untuk meronda guna bot dan snorkling cuma RM20 seorang.Harga pada masa tu.Agak berbaloi juga,memang best.Kami dapat tengok pelbagai jenis batuan semula jadi yang membentuk pelbagai jenis rupa.Sapa yang datang ke Pulau Pangkor wajib untuk buat sesi rodaan dengan bot kerana anda boleh lihat pelbagai tempat menarik di Pulau Pangkor,Rodaan mengambil masa 10-20 minit.sebelum kami di damparkan di sebuah pulau untuk sesi snorkling,Banyak ikan-ikan kat situ dan batu-batu karang di dasarnya.sayang saya tak dapat nak buat sebab tak reti berenang.
Saya dah sedia.
Pemandangan indah semasa rondaan,terdapat pelbagai jenis Batuan semulajadi yang boleh dilihat.Amat menarik dan teruja dengan ciptaan ALLAH.
batu berbentuk buaya
batu berbentuk ikan paus.
batu berbentuk penyu.
batu berbentuk kaki.
Jom Snorkling.
Dah selesai,perut pun lapar, makan dulu.
Tempat menarik di Pulau Pangkor selain dari pantai dan pulau anda juga boleh melawat kilang satay Fish SPK,Taman Lin Ji Kung,tukang bot SPK,Pekan Pangkor dan kawasan sekitar pulau.Waktu malam tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan kerana waktu malam disini agak sunyi sedikit.so,aktiviti santai sendirian bhd sajalah ataupun tidur sementara menunggu hari siang.