Antabax dan Aeon bantu badan amal.


Antabax dan Aeon dengan sokongan Yayasan  AEON Malaysia  melancarkan kempen 'Rising Together, Miracle Pine'bantu badan amal.
Hari ini 27 Disember 2013, Rangkain penjagaan diri antibakteria Antabax dan peruncit terkemuka AEON Co(M) Berhad bekerjasama dalam kempen amal 'Rising Together, Miracle Pine' bagi membantu golongan kurang bernasib baik.Pelancaran inisiatif ini diadakan dipusat di pusat membeli belah One Utama.
Kempen 'Rising Together, Miracle Pine' ini akan berlangsung dari 27 Disember 2013 sehingga 30 April 2014 dan 10% daripada hasil jualan kesemua produk Antabax menerusi cawangan-cawangan AEON di seluruh negara akan disalurkan ke Yayasan AEON Malaysia.'With All Our Heart'(WAOH).Yayasan
AEON Malaysia akan menyalurkan dana tersebut kepada badan-badan kebajikan yang layak.
Majlis pelancaran kempen amal ini dimeriahkan oleh  para pelanggan One Utama yang menunjukkan sokongan mereka dengan membuat origami berbentuk pine, sebelum menulis mesej dan menggantungkannya di pokok pine setinggi 3 meter.Mesej-mesej ini akan disampaikan kepada anak-anak daripada badan-badan kebajikan sebagai sumber galakan dan motivasi buat mereka.Duta jenama Antabax, penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, turut hadir membuat persembahan khas untuk anak-anak ini, manakala aktiviti seperti permainan, kuiz dan ruangan mengambil gambar turut disediakan bagi memastikan pengunjung yang hadir terhibur.


Kempen ini di inspirasikan daripada pokok pine ajaib Rikuzentakata.Pokok pine berumur 250 tahun ini merupakan satu-satunya pokok yang terselamat daripada bencana Tsunami di Jepun pada Mac 2011 yang melenyapkan lebih 70, 000 batang pokok dikawasan sekitar.Walaupun pokok pine ini akhirnya mati keracunan air laut, para penduduk bandar mengadakan kutipan dana bagi mengekalkan  pokok pine ajaib ini sebagai simbol keazaman, ketabahan dan harapan yang tidak mudah luntur.
Menurut Pengurus Produk Kumpulan Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim, kempen 'Rising Together, Miracle Pine' ini merupakan kerjasama yang julung kalinya diadakan antara Antabax bersama peruncit terkemuka AEON dan merupakan sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat yang sedang berjalan.Ia telah membantu beratus individu yang kurang bernasib baik.
''Pasukan Antabax tersentuh hati apabila mendengar kisah pine Ajaib Rikuzentakata.Secara kebetulan,varian terbaru kami dinamakan Pure Pine.Apabila disatukan, kedua-dua perkara ini bersama warisan Jepun pohon pine Ajaib tersebut, membawa kami mencari AEON sebagai rakan kongsi yang paling  sesuai melalui yayasan amal mereka, Yayasan AEON Malaysia.Walaupun ini merupakan projek pertama kami dengan AEON, Antabax telah lama aktif membantu golongan kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak dan orang tua menerusi CSR kami,"kata Cik Sim.
Jelas beliau, kempen tersebut bertujuan menggalakan anak yatim dan kanak-kanak terbiar agar tidak putus harapan, kuatkan keazaman dan tabah menghadapi kesukaran hidup dengan pine Ajaib sebagai sumber inspirasi.Sumbangan daripada Antabax ini bertujuan untuk meringankan beban material mereka.
"Di Antabax, kami memandang serius penderitaan anak yatim dan mangsa dera kerana kebanyakan mereka terpaksa mengharungi lebih banyak halangan dan kesukaran pada usia muda berbanding orang dewasa.Memang benar Antabax tidak mampu menghapuskan penderitaan mereka,tetapi kami boleh membantu meringankan beban dari segi makanan, pakaian, buku, pengangkutan, yuran, pengajian, perkakas pemulihan dan sebagainya,"jelas Cik Sim.
Antabax akan menyumbangkan 10% daripada hasil jualan produk sediaan jaga diri antibakteria yang terjual disemua cawangan AEON di seluruh negara untuk empat bulan akan datang.Produk-produk ini termasuk krim mandian, sabun, cecair, pembersih tangan,tisu antibakteria, cecair berubat sanitasi tangan dan penyembur sanitasi tangan.
"Kami akan menyumbangkan bekalan setahun produk kami ke tiga badan ini agar satu lagi keperluan harian mereka dapat dipenuhi.Disamping itu, kami juga akan memulakan projek menanam pokok bagi memperingati pokok pine Ajaib dan rangkaian Pure Pine kami.Kami harap ia akan menjadi simbol harapan untuk alam sekitar dan keazaman kami untuk mengekalkan kebersihan dan kehijauannya,"katanya.
Yayasan 'With All Our Heart'(WAOH) AEON Malaysia merupakan entiti yang menguruskan semua program kebajikan dan kemasyarakatan dibawah AEON.Yayasan yang bermula sebagai sebuah dana kebajikan ini telah beroperasi selama 10 tahun dan telah membantu beribu individu dalam pelbagai aspek.AEON merupakan peruncit yang pertama dan satu-satunya yang mempunyai badan kebajikan sendiri di Malaysia.
Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Penjenamaan AEON merangkap Sekretariat AEON Malaysia, Puan Nor Laila Mohd Samin, yayasan ini berminat bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai nilai yang serupa dalam membuat kebajikan dan membantu golongan kurang bernasib baik.
"Yayasan AEON Malaysia mempunyai rekod cemerlang dalam membantu beribu orang.Kami sentiasa mencari organisasi yang ikhlas dan bersemangat membantu mereka yang kurang bernasib baik.Kerjasama kami dengan Antabax menerusi kempen 'Rising Together, Miracle Pine' bakal menghasilkan sumbangan besar dimana 10% daripada jumlah jualan sepanjang tempoh kempen akan diberikan kepada badan-badan kebajikan yang layak,"kata Puan Nor Laila.
Sehingga kini, yayasan tersebut telah mengumpul dan mendermakan lebih daripada RM3 juta kepada pelbagai organisai dan individu yang memerlukan di Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.
"Badan-badan kebajikan memerlukan bantuan dalam banyak perkara samaada ia rumah anak-anak yatim mahupun rumah orang-orang tua.Dana ini juga akan digunakan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada kanak-kanak miskin dari segi pembelajaran, kehidupan dan bantuan perubatan.Kami berharap  penguniung AEON akan menyokong inisiatif kebajikan ini seperti yang mereka lakukan selama ini,"tambah Puan Nor Laila.


Duta selebriti jenama Antabax, Ziana Zain mempersembahkan 2 buah lagu khas untuk tetamu di majlis pelancaran kempen amal tersebut.
"Perasaan saya tersentuh melihat anak-anak yang tidak mempunyai ibubapa yang menyayangi dan menjaga mereka.Mereka terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan perkara yang anak-anak kita ambil sambil lewa.Saya bangga dapat menyumbang kepada kempen'Rising Together, Miracle Pine' dan berharap kita dapat mengumpul lebih banyak dana bagi membantu anak-anak ini,"kata Ziana.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 'Rising Together, Miracle Pine', layari www.facebook/newAntabax



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...