Pada 1 hingga 4 februari 2013,saya berpeluang untuk join seminar yang diadakan oleh Richworks salah satu syarikat yang dimiliki oleh Dr Azizan Osman seorang pakar motivasi dan seorang yang sangat tegas ketika menjalankan tugas selaku coach kitaorang selama lebih kurang 4 hari tu.Saya memilih pakej yang ketiga dengan bayaran sebanyak RM1,000 selepas diskaun.Sebab saya rasa pakej itu yang saya mampu nak bayar pada masa tersebut.Sebenarnya sebelum tu saya dah hadir lebih kurang 2 atau 3 kali seminar intro yang percuma.Nak datang yang berbayar bajet belum mengizinkan.Atas dorongan isteri pada masa tersebut dia suruh saya join untuk menghadiri Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan kejayaan.Nak daftar yang kat baris depan tak mampu rasanya.Yuran terlalu mahal bagi saya ,mencecah ribuan ringgit...
Seminar bermula pada hari jumaat jam 2.30 petang selepas solat jumaat.Di Setia City Convention Center,Setia Alam. Saya datang lewat sedikit sebab kesesakan lalulintas masa kat masjid Meru.
Dr Azizan sedang memotivasikan peserta.
Mak ai?saya sampai dah penuh orang dalam dewan anggaran lebih kurang 3000 peserta yang hadir.memang awesome!!!
Sepanjang seminar berlangsung dari hari pertama hingga hari ke empat saya rasa sangat hebat!dan saya lihat semua peserta sangat enjoy,kalau nak dibandingkan masa mula-mula datang semua muka tak ceria.masuk hari kedua semua dah mula berfikiran positif.banyak perkara yang di kongsikan oleh Dr Azizan Osman ,Merangkumi soal-soal keagamaan,ketuhanan,masyarakat,keluarga ,rohani dan jasmani....Persoalannya sekarang.Kenapa ada individu yang mengatakan Dr Azizan Osman penipu???saya sebagai salah seorang peserta tak rasa tertipu pun!malah saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dr Azizan Osman kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada kami semua.Bukan kekayaan yang kami minta ,tapi ilmu yang bermanfaat yang diberikan sudah cukup bagi saya untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ALLAH ini...
Mungkin pandangan mereka berbeza dengan pandangan saya,bukan mudah nak puaskan hati setiap manusia.REDHA ITU PENTING.Jangan merumitkan keadaan.
Bagi yang belum datang seminar ni,boleh datang .nak datang yang percuma pun ada.Memang best.Actually seminar-seminar motivasi ni takkan mengubah diri kita,cuma diri kita sahaja yang dapat mengubahnya.Tepuk dada tanya Hati.Jangan salahkan orang lain jika diri sendiri tak mampu nak berubah.
sekian.