Apa itu Matematik Iman - 1 Nisbah 1000.Matematik iman tak sama dengan matematik yang kita belajar di sekolah.jika disekolah 1+1 = 2 tetapi berlainan dengan matematik iman.Matematik iman 1+1 = 100 atau 1000.Begitulah betapa besarnya ganjaran yang ALLAH berikan kepada kita,jika kita ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan.Kali ini saya nak kongsikan 2 cerita dan kisah benar tentang sedekah yang berlaku Di Malaysia.
KISAH BENAR 1
Pada suatu hari ,seorang kontraktor berhenti untuk solat di sebuah masjid.Dia sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di utara tanah air.Dia mengambil sedikit masa berehat di ruang belakang masjid.Disudut sebelah masjid,kelihatan anak-anak kecil leka belajar mengaji Al-quran.Daripada pakaian yang kusam dapat di agak yang anak-anak itu daripada keluarga yang susah.Apa yang kaya pada mereka hanyalah kesungguhan dan nur iman yang beradu di wajah .
Semua itu meruntun perasaan simpati di dada kontraktor tersebut.Sampai waktu rehat anak-anak tersebut keluar berderu ke gerai kecil di luar masjid.Lelaki ini turut pergi ke gerai tersebut.
"Ambillah .....petang ni pak cik belanja",ucap lelaki itu separuh berteriak kepada anak-anak yang berkerumun di depan gerai.
Tidak payah menunggu lama,pelawaan itu cukup menjadikan petang itu cukup bermakna ....anak-anak itu makan sepuashati.
“Encik ,semua sekali RM34.70”,kata peniaga gerai mengira harga makanan .
Kontraktor itu pun menyerahkan sejumlah wang seperti yang diberitahu oleh peniaga gerai kecil itu.Kemudian berlalu untuk meneruskan perjalanan dengan meninggalkan dibelakangnya wajah-wajah keriangan anak-anak tersebut.Seronok kerana dapat makan percuma .dan mereka kembali menyambung aktiviti mereka.
Selang beberapa minggu ,kontraktor pemurah tadi dikejutkan dengan satu berita yang cukup besar buat dirinya.Dia terkedu.Dia Berjaya mendapat satu projek yang bernilai RM347,000.Kelu lidah daripada sebarang bicara hatinya menangis sedang meneroka kebesaran ALLAH yang maha pemurah.
RM34.70 keluar dari dompetnya…..RM347,000
menderu masuk sederas angin kencang ! SUBHANAALLAH….
KISAH BENAR 2.
Seorang ahli perniagaan menabung wang untuk tujuan memperkukuhkan modal bisnesnya .Besar sekali impian dan cita-cita mahu melihat perniagaannya berkembang maju.Dengan berdikit-dikit dia Berjaya mengumpul sejumlah RM19,000 di dalam akaunnya.Dengan simpanan itulah diharapkan dapat menjadi persediaan bagi sebarang kemungkinan dalam dunia perniagaan.
Suatu hari,Pihak surau di taman perumahannya berhadapan dengan masalah kewangan bagi tujuan pembaikan tempat ibadah itu.kerja–kerja baik pulih perlu dilakukan segera,apatah pula memandangkan bulan ramadhan yang hampir tiba .Memasuki bulan ramadhan sudah tentu surau itu akan meriah dengan pelbagai aktiviti ibadah.
Hasil mesyuarat memutuskan anggaran kos pembaikan surau mencecah RM19,000.Dari mana mahu mendapat wang sebanyak itu dalam tempoh yang segera?Keadaan surau tidak memuaskan bulan pesta ibadah sudah hampir tiba sedangkan wang yang diperlukan masih tidak mencukupi .
Masalah yang menjadi beban AJK surau turut difikirkan oleh ahli perniagaan yang sedang merancang-rancang membesarkan perniagaan dengan wang simpanannya .Jiwanya bergelut hebat; antara keinginan untuk menderma dan kerisauan memikirkan bajet penambahbaikkan perniagaannya.Setelah berfikir dan membuat pertimbangan ,simpanan berjumlah RM19,000 dikeluarkan daripada akaun dan diserahkan sebagai derma (sedekah) surau.
Berkat sumbangan itu,jemaah dapat menunaikan solat terawih dengan selesa .Selang beberapa bulan ,dia benar-benar terkejut kerana syarikatnya Berjaya terpilih dan memenangi tender terbuka bernilai RM19JUTA .
RM19,000 yang didermakan telah membawa ‘pulangan keuntungan ‘daripada ALLAH berjumlah RM19JUTA.Habuan penuh berkat di dunia,sebelum menerima pahala di hari akhirat yang sudah pasti dalam jumlah yang lebih besar lagi.
Semoga dapat manfaat.