Klebang Original coconut shake memang terbaik.



coconut shake
Assamualaikum,
Sebut saja coconut shake pasti ramai yang sukakannya.Apatah lagi kalau dapat minum Klebang Original coconut shake yang bertempat di Klebang ,Melaka.Adalah tidak lengkap jika kita ke Melaka dengan tidak merasa sendiri nikmat meminum coconut shake disitu.
Sudah bertahun-tahun namanya meniti di bibir setiap pelanggannya tentang nikmat sebenar coconut shake kombinasi air kelapa + isi kelapa yang di blender + ais cream Vanila .Dan saya pun tak nak melepaskan peluang untu merasa sendir Klebang Original Coconut Shake ni.Semalam selepas pelancaran Freeport A'Famosa Outlet Village  di Casa del Rio,Melaka .Saya bersama team Blooggersdotcom mrjocko dan Mr farid laham singggah sebentar kesana.Lokasinya bersebelahan dengan petrol pum Caltex .Terdapat dua tempat untuk pelanggan,yang pertama untuk pembelian take away berada betul-betul di tepi jalan .Manakala tempat untuk santai disitu berada di belakang sedikit.



coconut shake

Pemandangan ini dirakamkan pada hari khamis ,itupun dah beratur panjang.Cuba bayangkan kalau hari-hari cuti.
Memang happening,pelanggan sentiasa bertali arus.Tak menang tangan pekerja-pekerjanya saya tengok.Harga untuk minum di situ Rm2.20 segelas.Manakala untuk take away Rm2.50 sebungkus,mahal sedikit mungkin untuk cover kos bungkusan agaknya.Terdapat juga makanan lain disitu seperti kuih muih dan nasi lemak.

coconut shake
coconut shake

Waktu operasi untuk perniagaan dari Ahad hingga Khamis bermula dari jam 11 pagi hingga 6:30 petang.Untuk hari jumaat bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 6:30 petang.Dan akan bercuti jika perlu.Pemiliknya bernama En.Shafie Ahmad.Dalam sehari Klebang Original coconut shake menggunakan lebih 200 biji kelapa muda dan lebih 20 kotak ais cream walls berperisa vanilla.
Kepada anda yang masih belum merasa sendiri Klebang Original Coconut Shake ,Jika datang ke Melaka jangan lupa singgah.Nikmat nya tak terkata.rasanya tak sama dengan tempat lain.rasa nya memang unik dan lazat.Kalau tak percaya boleh datang dan buat penilaian sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...