Sebelum ini saya ada kongsikan bersama pembaca tentang tips untuk meningkatkan simpanan.Kali ini pula saya nak kongsikan cara bagaimana cara untuk jimatkan duit dalam aktiviti seharian kita ataupun ketika berbelanja .
Saya pun sebenarnya tengah cuba untuk praktikkan cara-cara ni,harap-harap menjadi.......
Sebenarnya memang susah untuk kita kawal perbelanjaan sehari-harian dengan faktor ekonomi yang kurang stabil.Dengan pulak kenaikan harga barang sekarang ni.Jika berbelanja kat tesco setakat rm300 tu pejam sebelah mata boleh habis.silap2 lebih lagi ada.
berbeza dengan sebelum2 ni...dengan rm300 tu boleh penuh troli tu dibuatnya..hrmmm...
Walauapapun situasinya ,kehidupan mesti diteruskan...betul tak?
Jom kita sama-sama buat langkah2 penjimatan ni.......
1.Cuba kurangkan membeli barang kegemaran.seperti air minuman dan makanan ringan,saya rasa jika dikira dalam sebulan tu ..makanan ringan dan minuman ni lah penyumbang utama kot....cuba kira?
2.Biasanya barang yang kita beli tu ,mesti ikutkan perasaan kan,sebenarnya tak penting sangat pun.Beli lain kali atau tak payah beli pun boleh rasanya.Tapi kalau penting dan tak boleh tidak..apa nak buat..
3.Biasakan diri untuk buat tawar menawar....jangan buat kat pasaraya pulak...kalau nak beli barang di pasaraya tunggu ada promosi....
4.Kurangkan pengeluaran wang dari atm,sebab ikut pengalaman saya,semakin banyak yang dikeluarkan semakin tak cukup..lebih baik kawal .Minda kita akan di set dengan jumlah sedikit,jadi pembelian barang yang tak perlu dapat dikurangkan.
5.Selalu buat pemantaun bil-bil dirumah.seperti bil air ,elektrik ,internet,telepon dan lain2....kalau boleh dikurangkan lagi bagus.
6.Cuba guna kopun2 yang diberi ..biasa jika berbelanja di pasaraya seperti Tesco setiap bulan Tesco akan bagi kopun...walaupun tak banyak tapi boleh menjimatkan sedikit duit anda....
7.Beli barang terpakai,sekarang ni dah banyak kedai-kedai barang terpakai dipasaran.Tak salah pun kan .
Jika anda boleh lakukan pengawalan perkara-perkara di atas .pastikan lebihan duit tu anda asingkan ke dalam tabung khas.ataupun masukkan ke akaun bank.bertambah la jugak kan simpanan tu.sikit-sikit lama-lama jadi bukit.