9 cara untuk meningkatkan tabungan.



Saya rasa ramai yang sedar bahawa menyimpan wang adalah penting.Tapi ramai juga yang gagal dalam pengurusan kewangan peribadi.Macam-macam alas an yang diberikan untuk tidak menyimpan .Antaranya kos sara hidup yang tinggi ,bil-bil yang harus di jelaskan setiap bulan dan bermacam-macam lagi.


Dalam keadaan sekarang ini,memang ada betulnya alasan yang diberikan tu.Tapi kita kena ingat,bahawa simpanan tu penting bagi menghadapi saat-saat  mendatang.Kita kena ubah tabiat-tabiat membazir dalam diri kita,catat setiap perbelanjaan yang dikeluarkan ,buat inventori tentang cashflow.


Anda juga kena tentukan matlamat tabungan  dan berapa jumlah yang disasarkan.Sebenarnya ada bermacam-macam kaedah yang kita semua boleh ikut.Bagi meningkatkan tabungan kita.Antaranya


1.Simpanlah syiling daripada pertukaran wang harian anda.Letakkan syiling tersebut kedalam sebuah tabung khas.Anda tentu tidak akan rasa kehilangan.


2.Jika pembayaran ansuran pinjaman ansuran kediaman dan kenderaan anda sudah habis ,masukkan jumlah yang sama ke dalam akaun simpanan pada setiap bulan.Ini kerana anda sudah pun mempunyai tabiat mengenepikan jumlah tersebut setiap bulan .Oleh itu teruskan dengan membuat simpanan.


3.Jika anda mendapat pulangan cukai pendapatan ,masukkan wang tersebut kedalam simpanan .


4.Begitu juga sekiranya anda menerima bonus,besarkan simpanan dengan menyimpan sebahagian atau semua wang tersebut.


5.Simpan duit kerja lebih masa(overtime) atau elaun khas .Ia lebih baik daripada anda membelanjakannya.


6.Apabila anda dinaikkan gaji ,simpan tambahan pendapatan tersebut.Anda tentunya sudah selesa dengan wang gaji sebelum ini kan.Jangan buat plan tambahan pulak untuk gunakan kenaikan gaji tu.


7.Simpan kesemua wang yang diterima daripada pihak lain ketika sambutan acara yang tertentu,seperti kenduri kendara atau pun majlis harijadi anak-anak.


8.Pastikan wang bekerja untuk anda.Caranya dengan melaburkan wang anda .Pastikan tempat yang anda nak laburkan di sahkan oleh undang-undang Malaysia.


9.Dan yang paling penting sekali,Cuba amalkan cara hidup bersederhana dengan cara ini anda dapat menyimpan lebih.Jangan berbelanja secara berlebihan dan mengikut nafsu.Rancang perbelanjaan dengan cara yang pebuh hemah.


Selamat mencuba.

Jamian Sarif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...