Dulu
masa umur 20-an ,saya memang tak suka makan daging kambing sebab banyak sangat cerita negative yang saya dengar tentang
keburukan makan daging kambing,ada yang kata boleh kena darah tinggi ,ada yang
kata panas badan dan macam-macam lagi cerita yang saya dengar.Ditambahkan lagi
dengan berita seorang jiran yang baru meninggal lepas makan daging kambing….Waktu
tu kurang pendedahan tentang kambing ni.Apa saja cerita yang masuk di terima
bulat-bulat tanpa usul periksa.
Bila
dah masuk umur 30-an,bermula dengan “rasa” ,dan sekarang dah jadi makanan
kegemaran saya.Pantang Nampak mesti nak makan,lagi-lagi kalau Nampak kambing
golek ataupun daging kambing bakar black pepper…biasa ada jual kat Tesco…
Rupa-rupanya
selama ni saya silap tafsir tentang daging kambing,Rupanya daging kambing
adalah makanan kegemaran Rasulullah saw.setiap yang disukai nabi ataupun setiap
sunnah nabi mesti ada kelebihannya.
Selepas
membuat sedikit research tentang Daging
kambing merupakan daging terbaik sekali dapat saya simpulkan disini tentang kebaikan makan
daging kambing untuk dikongsikan bersama para pembaca.Antaranya:-
Baik
untuk jantung.
-Dagingnya Lebih
pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang baik kerana ia mengandungi paras
kolestrol dan lemak tepu yang rendah berbanding daging lain.
-kalori
nya juga rendah.
-kandungan
lemak tak tepu nya pula jauh lebih tinggi dari daging lain.fungsi lemak tak
tepu adalah untuk membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
-sangat
sesuai dimakan oleh penghidap anemia kerana ia turut mengandungi semua jenis
asid amino yang amat diperlukan oleh tubuh dan juga mengandungi zat besi yang
tinggi.
Pengurai
protein terbaik.
Bagi
yang belum kena penyakit darah tinggi dinasihat kan supaya mengamalkan makan
daging kambing untuk mengelakkan dari terkena darah tinggi.Tapi,bagi yang dah
ada ,elok elakkan takut tak tahan dengan pembongkaran penguraian yang berlaku
dalam system badan.
Untuk
yang mereka yang obesity – jika makan daging kambing akan mengalami masalah
tekanan darah yang tidak stabil dan juga pening kepala akibat pembongkaran
kolestrol tepu yang berlawan dengan kolestrol kambing tadi dan ia akan membakar
lemak yang berlebihan dalam badan menyebabkan panas badan ,berpeluh dan telinga
berdengung.Boleh buat terapi diet ni….kalau tahan ok jer….
Mencantikkan
kulit
Daging
kambing mengandungi vitamin c tidak teroksida semulajadi,berfungsi untuk
membina ketahanan sel kulit dan akan menyeimbangkan serta mengurangkan bebanan
fungsi hempedu.sekaligus dapat mencantikkan kulit.Berita baik ni.sapa nak kulit
cantik boleh makan daging kambing lepas ni.
Habis
buat research tentang Daging kambing merupakan daging terbaik sekali ni saya
terus kekandang kambing berdekatan bersama dengan hero saya untuk ambik feel
bau harumnya …
Lawatan ke kandang kambing bersama Mohd Arief Heykal my hero.
Selepas melawat badan pun ikut bau kambing....