Harga Gula Naik

Pembentangan Bajet 2014 dah selesai.
Isu sekarang ni berkenaan kenaikan harga gula daripada Rm2.50 kepada Rm2.84 sekilo mulai semalam 26 oct 2013.
Bagi pihak kerajaan mereka tak kata harga gula naik,cuma subsidi yang dikurangkan kepada Rm0.34 sekilo.
Alasan yang diberi kerana rakyat Malaysia mempunyai banyak penyakit yang berkaitan dengan gula seperti kencing manis atau diebetes.

 "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes,"

Mungkin selepas ini penyakit tersebut dapat dikurangkan.
Masalah utama yang mungkin timbul selepas dari kenaikan harga gula ialah kenaikan harga makanan dan minuman yang berkaitan dengan gula.
Terutamanya kuih muih dan air minuman.
Jadi lepas ni untuk lebih jimat minum air kosong ataupun order air tanpa gula./kurang manis.
kurangkan makan kuih muih .Jika semua orang buat macam tu ,saya rasa habis terjejas perniagaan mak cik joyah kat kampung saya ni.

 Mari kita sama-sama menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian kita.

GULA OH GULA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...