Assalamu'alaikum wrt wbt
Alhamdulillah seringkali kita merasa letih dan tidak bermaya bila bangun tidur pagi. InsyaAllah amalkan tiga perkara ini agar hari tersebut akan dimulakan dengan cergas dan rajin.
1. Bila bangun tidur baca doa الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
2. Ambil wudhu'
3. Solat Subuh
(Maksud doa - Segala puji milik Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami (dalam tidur) dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan (sesudah mati).
haDIS Bukhari dan Muslim; Menurut RAsulullah saw siapa yang tidur malam nescaya syaiton akan datang kepadanya untuk mengikat 3 ikatan dibelakang kepalanya. 3 ikatan tersebut akan terbuka dengan tiga amalan tidur iaitu - membaca doa bangun tidur (seperti doa di atas), berwudhu' dan solat subuh. Jika semuanya terbuka, dia akan hidup cergas dan rajin tetapi jika tidak nescaya jiwanya tidak tenteram dan malas (makna hadis riwayat Bukhari dan Muslim); Wanita haidh boleh berwudhu' terutama ketika akan tidur malam dan bangun tidur tetapi mereka dilarang melakukan solat.
SELAMAT BERAMAL...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda di sini