Bagi Peluang Orang lain!! Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2016.

 Maharaja Lawak Mega 2016.

Yang di nanti-nantikan telah tiba.Setelah berehat selama setahun kini Maharaja Lawak Mega muncul kembali menampilkan bakat-bakat pelawak tanahair yang tak kering gusi dibuatnya.


Aku memang tak pernah miss out,Kalau ada program lain yang sama waktu aku akan cuba tukar waktu sehabis mungkin jika boleh.Kiranya Program Maharaja Lawak Mega ni dah sebati dengan diri aku.Cewah...Walaupun aku tak pernah tengok secara live di pentas MLM....Tapi aku sekurang-kurangnya aku tonton secara Live di skrin TV.

Nampaknya MLM 2016 banyak menampilkan muka-muka baru.Mungkin ada yang kurang mengenali mereka dan mungkin populariti mereka masih belum kelihatan.Mana tau dengan kemasukan mereka ke MLM 2016 akan menaikkan nama mereka nanti.

Kelibat sang juara langsung tidak kelihatan.Antara Juara Maharaja Lawak Mega semenjak 2011 hingga 2014 adalah OSBON,JOZAN,SEPAHTU dan ZERO.

Berikut Senarai 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2016.
  • Awok (Ain dan Filzah)
  • Bocey (Abam,Fad dan Achey)
  • Bora (Isa,Mamat dan Yan)
  • Bos (Abu,Ajo dan Ezad Lazim)
  • Cham (Along Cham dan Azrul Zaidi)
  • Chilok (Chiwan,Achok dan Kamal)
  • Ejan (Achong,Yuss dan Raja Azrey)
  • Joras (Rahim R2,Joey Daud dan Shuk SYJ)
  • Kavin (Kavin "Jay" Jayaram)
  • LOL (Angah Raja Lawak,Tauke Jambu dan Ajak Shiro)
  • Puteh (Mamak dan Ali)
  • Rayza (Reza Mukmin)
  • Saywho (Bocil dan Vicha)
  • Shake (Mie,Bell Ngasri dan Amir Raja Lawak)
  • Xola (Wala,One dan Chot)
Peserta Favourite aku cuma Bocey nampaknya untuk MLM 2016 ni.Bayang Nabil,Jozan dan Sepahtu langsung tak kelihatan.Mungkin mereka semua sibuk dengan urusan masing-masing.Kali ni ada dua peserta solo iaitu Rayza dan Kavin.Adakah mereka berdua mampu mengatasi lawak Nabil.

Sama-sama kita saksikan nanti bakat mereka di atas pentas Maharaja Lawak Mega 2016 pada setiap jumaat pukul 10 malam bermula 29 Januari 2016.Di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Kepada yang berada diluar kawasan boleh tengok  Maharaja Lawak Mega 2016 secara Live streaming.                                                                
                                                                  klik sini
                                                                       

Maharaja Lawak Mega 2016 Live streaming

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...