Tips Berhari Raya cara aku.

Tips Berhari Raya cara aku.

Sekejap masa berlalu, bulan Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita semua dengan seribu satu kenangan.Semoga Ramadhan yang berlalu meninggalkan kesan keatas diri kita.Moga tahap iman dan amal akan berterusan.Buang yang keroh ambil yang jernih.
Jadi, apa macam biasalah bila dah puasa.Tiba masa nak menyambut hari raya.Nampaknya anak-anak serta adik-adik sekalian memang seronok lah yer.Nak collect duit raya.Masing-masing dengan baju serba baru.Aku nak kongsi sikit aktiviti berhari raya ala kadar cara aku ni.Kalau tak relewan pun xpe.aku cuma nak korang tahu jer, apa aktiviti aku apabila syawal menjelang.

1.Malam raya seperti biasa tengok tv dengan tengok-tengok anak kat luar main bunga api.Wife isi kuih raya.Aku bahagian pantau jer.
2.Aku akan pastikan tidur awal, supaya esok pagi tak mengantuk terutama masa solat sunat aidilfitri.
3.Kalau boleh elakkan dari pergi kubur di pagi raya.Pergi masa bulan Ramadhan kan boleh ataupun pergilah masa raya dah tiga empat hari.Hari raya masa untuk bergembira.Betul tak?Dah lama aku tak buat aktiviti ni selepas aku tau apa hukumnya.Aku rela pergi masa bulan Ramadhan ataupun selepas beberapa hari di bulan Syawal.
4.Masa pergi beraya  pastikan handphone dalam keadaan silent mode ataupun flight mode.Elak dari menggunakan handphone ketika sedang beraya.Boleh mengganggu suasana berhari raya. (Tuan rumah kena sediakan bakul untuk collect handphone) bagi balik masa keluar rumah.Aku paling anti kalau orang datang rumah sibuk main handphone.(rasa nak letak signboard kat pintu handphone not allowed)
5.Masa Raya ni kena jaga makan dan minum.Jangan main bedal jer.Elok-elok masa puasa dah turun berat badan .Raya semua nya naik.Masalah sakit perut memulas sering terjadi ketika Raya.Kurangkan minum air berkarbonat.Banyakkan minum air kosong.
6.Dan yang paling penting sekali pastikan rumah berkunci.Bawa barang-barang berharga ketika berhari raya dan balik kampung.Buat pendinding rumah sendiri dengan cara islamik. (Berdiri diluar rumah -pejam mata baca ayatul kursi 3x bayang rumah korang.Habis baca hembuskan perlahan-lahan Kesekeliling rumah melalui bayangan sahaja) in shaa allah berkesan.amalan ini diajarkan oleh seorang ustaz.Kena yakin pada ALLAH.

Kalau korang rasa tips yang aku bagi ni kurang relevan,aku tak kisah pun sebenarnya...yang penting korang tau apa yang aku buat sepanjang hari raya ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...