Rasulullah S.A.W... teladan usahawan!


Di dalam Islam, perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan satu ibadah dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Aktiviti perniagaan sebenarnya sangat digalakkan dalam agama islam. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang menyokong aktiviti jual beli ini. Malahan Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud : "9/10 sumber rezeki itu adalah datangnya daripada perniagaan." (Hadis Riwayat Tirmizi). 
Walaupun perniagaan merupakan suatu bidang yang penuh dengan risiko dan cabaran, di mana peniaga sentiasa berhadapan dengan kemungkinan mendapat untung atau rugi, namun naluri dan fitrah manusia tetap cenderung dan menginginkan keuntungan daripada sesuatu perniagaan itu. Justeru, tidak hairanlah terdapat sebahagian manusia yang sanggup melakukan apa sahaja cara, bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. 
Sekiranya perniagaan itu dijalankan dengan penuh amanah serta mengikut etika yang telah disyariatkan dalam Islam, Insya-Allah, syurgalah balasannya. Namun sekiranya ia dijalankan di luar batas syariat Islam, maka ianya tidak lagi dianggap sebagai ibadah, malah akan mendatangkan padah kepada diri di dunia mahupun di akhirat kelak. 
Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nisa ayat 29 yang bermaksud :-

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar redha meredhai di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah maha penyayang kepadamu." (Surah al-Nisa' : ayat 29)

sumber:segalanya bermula disini Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...