Fakta Mengejutkan Tentang Persepsi Salah Bagaimana Cara Orang Jadi Kaya!

Melalui iklan dan rencana di media utama, masyarakat sering tertipu dengan cara untuk menjadi kaya. Kita sering disogokkan dengan kejayaan dan juga kehidupan mewah jutawan-jurawan berikut:
  • Punulis buku ‘best seller’
  • Penyanyi top meletup
  • Artis top meletup
  • Penggubah, penulis lirik lagu meletup
  • Pelabur saham
  • Ahli sukan golf, bola, badminton, tenis, pemandu F1, pemain bola keranjang dan lain-lain
  • Pencipta atau orang yang menemui teknik, atau, alat atau benda-benda hebat yang baru
  • dan lain-lain seumpama dengannya
Tahukah anda statistik kumpulan yang biasanya menjadi jutawan adalah begini:
  • Pemilik perniagaan 74%
  • Penjawat jawatan tinggi syarikat besar 10%
  • Doktor, Layyer dan lain-lain kerjaya profesional 10%
  • Jurujual 5%

Kalau kita tambah semua peratusan tersebut jumlahnya adalah 99%. Jadi kumpulan manakah yang mewakili baki lagi 1% yang menjadi jutawan. Jika anda berminat nak tahu mereka adalah kumpulan yang saya senaraikan di atas tadi. Mereka termasuk dalam kumpulan yang kita namakan lain-lain yang mana mereka adalah spesis yang jarang di temui.

Jadi janganlah kita terpengaruh dan mengingau untuk menceburkan diri dalam kumpulan lain-lain di atas dengan harapan nak jadi kaya. Itu sebenarnya adalah kerja susah. Kalau ada niat nak jadi kaya dan menjadi orang harapan yang menyumbangkan harta benda dalam kebajikan maka pilihlah kuimpulan majoriti iaitu mereka yang memiliki perniagaan sendiri.

Jenis perniagaan juga mempunyai fakta-fakta yang menarik yang mana kebiasannya perniagaan yang semua orang anggap remeh temeh dan lansung tak glamour jauh lebih banyak melahirkan jutawan berbanding dengan apa yang kebanyakan orang fikirkan. Akan saya tulis selepas ini apa jenis-jenis perniagaan tersebut. Insyallah.

sumber:wartashubhi Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...