Tips jimat wang dan jimat petrol untuk mereka yang bekerja

Tips disini lebih kepada penjimatan minyak.
Tapi  bukan berkenaan cara menekan minyak, bukan cara 
menukar gear atau sebagainya.
Saya percaya tips trsebut anda boleh dapat dr blog2 lain. 
Tapi Tips disini ialah cara yang lebih baik jimat wang & 
jimat petrol anda dengan lebih ketara.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tip 1: Kurangkan perjalanan kereta anda 
Mungkin tips ini agak simple. Namun ia sangat membantu 
mengurangkan kos minyak anda.Terlebih dahulu kenalpasti 
perjalanan seharian kereta anda.Dan seterusnya fikirkan 
cara terbaik mengurangkan perjalanan kereta anda.
*Salah satu perjalanan kereta yang boleh dielakkan ialah 
makan tengahari.Biasanya mereka bekerja lebih kerap keluar 
makan tengahari.Perjalanan pergi balik dari office ke 
kedai makan banyak menggunakan minyak. Lebih-lebih lagi 
pada waktu lunch ketika jalan raya agak sibuk.caranya 
mudah sahaja. Beli siap-siap makanan pada awal pagi.Dan 
makan di dalam pejabat. Ia bukan sahaja menjimatkan wang
minyak kereta anda.Malah anda jimat wang dari membeli 
air minuman.Anda juga tidak perlu penat bersesak-sesak 
dijalan raya.Tapi sekali sekali tu, keluar makan luar 
jugak la.Hari-hari makan kat office bosan juga kan.
Untuk perjalanan dekat di kawasan rumah seperti ke kedai
runcit. Eloklah menggunakan motosikal atau berjalan kaki.
Anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang minyak anda, 
malah dapat meningkatkan kesihatan dan berkenalan dengan 
jiran-jiran anda. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tips 2: Rancang dan satukan perjalanan kereta anda.
 
Ada juga di antara kita yang kerap keluar. Hari Isnin 
tengok wayang. Hari Selasa shopping barang rumah. hari 
Rabu makan-makan diluar.Hari Khamis shopping baju plak. 
Daripada anda kerap keluar dan banyak menghabiskan minyak 
kereta anda. Mengapa tidak anda merancang dan satukan 
perjalanan anda.Mungkin anda boleh menonton wayang, makan 
luar dan shopping pada hari yang sama. Ini sebagai contoh
sahaja.Konsepnya,anda perlu merancang & satukn perjalanan 
anda. Dan elakkan keluar pada waktu jalan raya sesak.
Kesesakkan membuatkan anda menggunakan minyak dengan 
lebih dari biasa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tips 3: Beli kereta bukan untuk menunjuk.
 
Kepada mereka yang sudah memiliki kereta,JUST READ AND 
SHARE LA YER.
Yang baru merancang membeli kereta. Belilah kereta 
bertujuan untuk pengangkutan. Bukannya untuk berbangga 
atau menunjuk-nunjuk.belilah kereta yang harganya rendah
sesuai untuk pengangkutan anda ke tempat kerja dan 
sebagainya. Tapi elakkan membeli kereta second hand kerana 
risiko kos maintenancenya berkemungkinan besar agak tinggi.
 
 
 
 
 
Semoga 3 tips ini membantu anda menjimatkan wang minyak anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...