Panduan Memilih Akaun Pelaburan Unit Trust

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.kali ni saya nak terangkan tentang pemilihan akaun pelaburan di unit trust.sebab dalam unit trust setiap pelabur mempunyai faktor risiko yg berbeza2.mari kita lihat dan selamat melabur.

public mutual bhd

Apakah sebab kita patut menyimpan & melabur?
1) Sebagai tabung kecemasan – Dari segi psikologi manusia perlu rasa selamat terhadap bencana kewangan seperti rawatan penyakit, kemalangan dan kena buang kerja.
2) Sebagai alat untuk memenuhi wawasan kewangan seperti tabung pendidikan sendiri/ anak, kenderaan peribadi baru,menunaikan ibadah haji, percutian atau cengkeram pembelian rumah.
3) Sebagai tabung untuk hari tua atau sebagai penambahan kepada bayaran pencen / tabung KWSP.
4) Sebagai satu jambatan untuk menghasilkan lebih wang tanpa bekerja sendiri.

Sebelum melabur atau menyimpan ada baiknya pelabur mempertimbangkan faktor-faktor berikut:
1) Dimanakah kedudukan pelabur dalam kitaran hidup?
2) Apakah risikonya?
3) Bagaimanakah kesan inflasi terhadapnya?
4) Bolehkan ia dicairkan?
5) Berapakah pulangannya?tempoh masa
6) Perlukah dilakukan pemelbagaian (diversification) ?

Berikut adalah contoh kedudukan pelabur berdasarkan faktor umur dan kehendak mereka:

1) Pesara:
Contoh Wawasan: melindungi modal dan memaksimumkan pendapatan
Langkah yang diambil: Pilih pelaburan selamat seperti unit amanah yang bermotifkan pendapatan. Sentiasa pantau kadar pendapatan yang diterima dari potfolio pelaburan. Untuk mengatasi inflasi sebahagian dari modal patut dilaburkan dalam tabung lebih berisiko seperti equity.

2) Pasangan dengan anak dewasa
Contoh Wawasan: Untuk Persaraan
Langkah yang diambil: Simpan sebahagian wang dalam pelaburan yang konservatif/ berisiko rendah. Kalau dari golongan kaya boleh gunakan pelaburan berisiko lebih tinggi. Pasangan dengan anak belasan tahun menyediakan tabung untuk bayaran bil pengajian yang tinggi. Mengkaji sumber-sumber bantuan kewangan / pinjaman yang ada. Memantau semua simpanan yang ada samaada mencukupi atau tidak. Jika tidak mungkin berusaha menambahkan pandapatan.

3) Pasangan dengan anak bersekolah
Contoh Wawasan: Tabung pendidikan dan tabung percutian
Langkah yang diambil: pastikan sudah ada tabung tunai untuk kecemasan dahulu sebelum mula melabur dalam alat pelaburan yang mempunyai nilai pulangan yang tinggi seperti unit amanah pertumbuhan (growth funds). Tujuannya untuk mengatasi inflasi. Pelabur yang mempunyai risiko yang tinggi boleh menggunakan unit amanah pertumbuhan yang lebih aggresif.

4) Pasangan dengan bayi/anak kecil
Contoh Wawasan: Rumah yang lebih bagus
Langkah yang diambil: Pilih rumah yang sesuai – boleh jadi tempat tinggal serba boleh juga dijual bila anak-anak sudah berkahwin. Sebelum melabur pastikan sudah ada tabung kecemasan tunai bernilai 3 bulan gaji, insuran pendapatan, dan insuran perubatan. Pelaburan digalakkan dalam unit amanah jenis seimbang (balance fund).

5) Bujang
Contoh Wawasan: Kereta, rumah
Langkah yang diambil: Elakkan tabiat berbelanja berlebihan, dengan membuat pelaburan ’paksaan’ secara potongan gaji dalam akaun amanah saham/ takaful. Untuk wawasan jangka pendek sebahagian besar dari baki simpanan harus diletakkan dalam akaun-akaun yang menjamin modal. Baki kalau ada barulah melabur dalam unit amanah.

sebarang pertanyaan sila berhubung dgn saya
Jamian sarif
012-2676091
ijampm@yahoo.com Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

tinggalkan komen anda di sini