Pulangan daripada sikap berjimat cermat




Mendisiplinkan diri untuk menyimpan wang setiap bulan bukanlah suatu perkara yg mudah bg mereka yg boros.cukup bulan dapat gaji .belanja apa sahaja.namun ,sebenarnya sikap ini harus diubah sebelum terlambat.perlu anda sedari bahawa tabungan amat penting untuk bekalan masa hadapan terutama pada waktu2 kecemasan.

disini saya beri sedikit info yg saya perolehi dari beberapa sumber untuk memberi panduan supaya anda dapat mencapai matlamat untuk menyimpan:-

1-TUNAI ADALAH YG TERBAIK
Biasakan membuat bayaran secara tunai utk setiap transaksi / pembelian .jgn terpedaya dgn skim2 belian ansuran,walaubagaimana menarik sekalipun syarat2nya ,jika anda tdk mampu membelinya ,jgn beli (penggunaan kad kredit hanya akan sekadar menanguhkan pembayaran sehingga hujung bulan sahaja).

2-LAKUKANNYA SENDIRI
Bersenam di rumah dpt mengelak timbulnya perbelanjaan utk perjalanan dan gimnasium.mengemop dan menyapu sekeliling rumah,vakum dan menyental lantai dan dinding bilik air dpt mengeluarkan peluh yg banyaksambil mbentuk susuk badan yg ideal.Daripada memanggil kontraktor dan dikenakan bayaran keatas perkhidmatan dan pengangkutan mereka,lakukan sendiri kerja2 baikpulih yg mudah seperti membetulkan paip yg rosak,engsel dan pemegang pintu yg rosak/longgar.mengecat semula rumah dan mengilat lantai jubin.sekurang2nya aktiviti2 ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan jika dibuat bersama2.dan dapat menjimatkan perbelanjaan anda.

3-BERJIMAT
Cuba kurangkan jumlah bil utility anda seberapa rendah yg boleh.disamping memastikan bahawa lampu dan kipas sentiasa dimatikan apabila tidak digunakan.batasi penggunaan telefon pada waktu kurang sibuk (6ptg - 6 pagi).gunakan gas dan bukannya elektrik utk memasak air.

4-MEMAKSIMUMKAN PENGGUNAAN
Sebenarnya byk barang2 keperluan yg boleh dimaksimumkan sebaik mungkin.gunakan minyak masak,kicap dan gula dgn jimat sehingga ke titisan yg terakhir.ubat gigi misalnya ,gunakan hingga habis sehingga tdk boleh dipicit lg.

5-KITAR SEMULA
Plastik beg drpd pembelian dipasaraya boleh digunakan utk mengisi sampah.kotak2 juga boleh digunakan untuk menyimpan barang2 yg tidak mudah rosak.

6-JUAL SEMULA
Anda juga boleh menjual semula barang2 dan kelengkapan rumah yg tidak diperlukan lg di pasar lambak.adalah menjadi satu kegembiraan apabila masih ada orang lain yg menghargai barang2 ini.yg mana masih lg dalam keadaan baik.menyewa ruang gerai dan menghabiskan masa seharian dipasar lambak bukan saja membantu anda melakukan kerja2 pembersihan ,tetapi juga dapat meningkatkan hubungan kekeluargaan.

7-SIMPAN
Cuba untuk menahan diri anda daripada membeli pakaian dan aksesori diri pada setiap bulan.beli apabila perlu sahaja ,sebagai contoh setiap 3 bulan sekali.
makan diluar juga dihadkan kepada gerai2 sahaja.makan malam yg mewah2 hanya dilakukan sempena perkara2 istimewa sahaja.usahakan untuk mengetepikan suatu jumlah yg tertentu iaitu iaitu sekurang2nya 10% daripada gaji anda untuk disimpan ke bank . Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini