Public Mutual mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak lebih RM80 juta kepada pelabur-pelaburnya

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan
pendapatan sebanyak lebih RM80 juta untuk dua daripada dana-dana Islamnya. Jumlah
pengagihan kasar yang diumumkan untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2009 adalah
seperti berikut:

Dana Pengagihan Kasar / Unit

Public Dana Islamic Dividend 1.25 sen
Public Dana Islamic Asia Dividend 0.25 sen


Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata bahawa Public
Mutual bersukahati kerana berupaya mengumumkan pengagihan untuk dua dana Islam
tersebut walaupun keadaan pasaran amat mencabar.
Public Dana Islamic Dividend yang dilancarkan pada tahun 2006, merupakan sebuah dana
Islam dividen tempatan yang terbuka bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP. Sementara itu,
Public Dana Islamic Asia Dividend yang dilancarkan setahun selepas itu, merupakan
sebuah dana Islam dividen serantau yang melabur dalam pasaran-pasaran asing, ini
termasuk Korea Selatan, Negara China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia,
Singapura, Negara Thai, Australia, New Zealand dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.
Kedua-dua dana ini bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dengan melabur dalam
sebuah portfolio saham yang memenuhi kehendak Shariah serta menawarkan atau
mempunyai potensi untuk menawarkan hasil dividen yang menarik.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia,
mengurus sebanyak 68 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000
pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 42,000 perunding unit amanah. Pada 31
Mac 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah
sebanyak RM24.2 bilion.

hubungi saya untuk pertanyaan
jamian sarif
0122676091
perunding unit amanah public mutual
salam.erat@yahoo.com

Pelaburan secara tunai dengan permulaan serendah RM1000, Top-up serendah RM100 setiap kali pada bila bila masa. Anda juga Layak melabur 20% daripada akaun 1 KWSP (mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP)

UNTUK MENGETAHUI BERAPA YANG ANDA LAYAK UNTUK MMELABUR MENGGUNAKAN AKAUN 1 KWSP SILA SMS SAYA DENGAN MENAIP....

NAMA < > NO IC < > JUMLAH AKAUN 1 KWSP ANDA < > LOKASI ANDA DAN HANTAR KE 0122676091

SAYA AKAN BERI JAWAPAN SEBERAPA SEGERA... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini