Public Mutual Dinamakan “Pengurus Dana Dalam Negara Malaysia Terbaik” oleh AsianInvestor

Welcome to Facebook<br />
Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual memenangi anugerah AsianInvestor
bagi “Pengurus Dana Dalam Negara Malaysia Terbaik” bagi 2 tahun berturut-turut.
Pengerusi Public Mutual, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow menerima
anugerah tersebut daripada Cik Rebekka Kristin, Penerbit Bersekutu bagi AsianInvestor di
Malam Anugerah Tahunan Public Mutual yang diadakan pada 17 Mei 2009 di Pusat
Konvensyen Sunway Pyramid, Kuala Lumpur.
AsianInvestor yang berpejabat di Hong Kong, merupakan sebuah penerbitan yang
terkemuka di industri pengurusan aset rantau Asia Pasifik. Anugerah Prestasi Pelaburan
AsianInvestor tersebut mula diperkenalkan di tahun 2001 bagi menyambut kecemerlangan
prestasi pelaburan pengurus-pengurus dana di Asia Pasifik.
Menurut Cik Kristin, Public Mutual dinamakan “Pengurus Dana Dalam Negara Malaysia
Terbaik” kerana kebingkasan prestasinya di tahun yang penuh dengan pergolakkan
kewangan. “Anugerah ini mengakui pencapaian cemerlang setiap ahli Public Mutual yang
berusaha kuat dalam industri yang amat mencabar bagi masa kini,” kata Cik Kristin.
Sementara itu, Tan Sri Teh meluahkan perasaan bangga bahawa Public Mutual sekali lagi
menerima pengiktirafan antarabangsa ini, yang merupakan anugerah industri ke-135 yang
dimenangi oleh syarikat tersebut sejak tahun 1999. “Anugerah yang berprestij ini
membuktikan komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai yang tertinggi
serta sentiasa berusaha memenuhi pelbagai keperluan pemegang-pemegang unit kami,”
kata beliau. Beliau mendedikasikan anugerah tersebut kepada lembaga pengarah, badan
pengurusan, kakitangan dan perunding-perunding unit amanah Public Mutual atas dedikasi
dan usaha gigih mereka dalam menjadikan syarikat tersebut pemimpin dalam industri.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemegang-pemegang unit atas sokongan
kuat dan keyakinan yang berterusan terhadap Public Mutual.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia,
menguruskan sebanyak 69 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000
pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 42,500 perunding unit amanah. Pada 8
Mei 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah
sebanyak RM27.4 bilion.


hubungi saya untuk pertanyaan
jamian sarif
0122676091
perunding unit amanah public mutual
salam.erat@yahoo.com

Pelaburan secara tunai dengan permulaan serendah RM1000, Top-up serendah RM100 setiap kali pada bila bila masa. Anda juga Layak melabur 20% daripada akaun 1 KWSP (mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP)

UNTUK MENGETAHUI BERAPA YANG ANDA LAYAK UNTUK MMELABUR MENGGUNAKAN AKAUN 1 KWSP SILA SMS SAYA DENGAN MENAIP....

NAMA < > NO IC < > JUMLAH AKAUN 1 KWSP ANDA < > LOKASI ANDA DAN HANTAR KE 0122676091

SAYA AKAN BERI JAWAPAN SEBERAPA SEGERA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

tinggalkan komen anda di sini