Kalau pergi Cherating korang boleh singgah tidur kat Legend Resort .Ada banyak pilihan bilik kat sini.Harga pun boleh tahan.Suasana memang sangat cool.Bagi yang sukakan kedamaian dan tak suka suasana hiruk pikuk boleh kesini.memang best.Pada saya memang tak rugi saya memilih untuk menginap di Legend Resort selama 3 hari 2 malam.
Korang boleh pilih bilik dari yang mahal sampai yang murah.Bagi saya bilik yang menjadi pilihan adalah bilik di tepi pantai.Buka-buka balkoni terus direct dengan pantai.best betul.....angin memang kuat.Dah tak payah pasang radio,dengar muzik deruan angin dan ombak cukup menenangkan jiwa.
Rileks dulu baca majalah sebelum memulakan sebarang aktiviti.Almaklumlah penat masa kat kereta belum hilang lagi.Silap-silap terus terlelap.
Lepas hilangkan penat sebentar tadi ,baru mulakan aktiviti mandi pantai,Ombak masa ni tak berapa tinggi.So,tiada amaran tak boleh mandi dikeluarkan.Cuma kena berhati-hati dan atas tangungjawab sendiri.Just mandi kat bibir air jer.Ombak datang lari jauh-jauh......
Aktiviti pagi sebelum breakfast,tunggu matahari terbit.Nak tunggu moment tu yang agak kena sabar sikit.Dua beradik ni dah sibuk nak pegi makan dah.
Kalau tak nak mandi pantai,boleh mandi kolam,kolam yang disediakan agak besar.dan terbahagi dua.Kolam pakaian bebas dan kolam pakaian renang.Boleh pilih yang mana suka.
Ok dah cukup 3 hari jom kita check out.Masa ni kat Lobby Legend Resort.